Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..
Hanya kalimah puji-pujian itu yang mampu terucap.
InsyaAllah, esok (Sabtu – 16 Oktober 2010) aku dan kawan-kawan bakal mengikuti rombongan ke Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam bagi menghadiri Majlis Haul al-Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad. Rombongan yang pada asalnya, program untuk pelajar tahun 4 Program Pengajian Quran dan Sunnah yang mengambil subjek Qawa'id Fiqhiyyah. Namun, penyertaan juga terbuka bagi mereka yang berminat. Dua buah bas akan disediakan. Tiada bayaran dikenakan.
Majlis haul kali ini bakal membawakan ulama'-ulama' antarabangsa, antaranya Habib Umar. Dah lama sebenarnya berhajat untuk berada dalam majlis yang padanya ulama'-ulama' besar macam tu. Sekadar nak ambil berkat, bertabarruk. Majlis ilmu yang insyaAllah dinaungi para malaikat.
Pada mulanya pelbagai halangan dihadapi dalam memastikan rombongan ini dapat dijayakan.
Selepas satu halangan, ada halangan lain yang tiba. Lega dapat mengatasi satu halangan, halangan lain muncul tiba-tiba.
Pada saat akhir, setelah kertas kerja diluluskan. Tiba-tiba ada berita bahawa ada program wajib bagi kami tahun 4. Program yang melibatkan markah bagi Latihan Industri kami. Jika tidak hadir, berkemungkinan kami akan dikira gagal dalam Latihan Industri (kerana tidak menepati syarat-syarat Latihan Industri).
Sebenarnya tak risau sangat pun dengan halangan ini, kerana dalam hati ni tekad nak minta pengecualian daripada pensyarah. Maklum, kertas kerja kami telah diluluskan sebelum ini. Apa yang dirisaukan, majority pelajar kelihatannya lebih cenderung untuk tidak mengikuti rombongan ini untuk menghadiri program Latihan Industri tersebut. Rasa tidak sedap hati.
Pesan pensyarah subjek Qawa'id Fiqhiyyah kami, bertawakkal. Sempat beliau berkata padaku lebih kurang maksudnya, "Kalau dapat pergi, pergi.. Kalau tak dapat pergi tidak mengapalah." Beliau sebenarnya yang mencadangkan agar rombongan ini diadakan, selaku wakil daripada Amanah Hawi al-Khairat, yang menganjurkan majlis haul tersebut.
Saat itu hanya ada doa dan pengharapan. Semoga rombongan ini dapat dijayakan. Dipendekkan cerita, program wajib untuk Latihan Industri tersebut ditundakan ke minggu depan. Alhamdulillah. Tidak lagi berbelah bahagi. Bersama kawan-kawan berpeluang untuk ke majlis haul tersebut.
Kata seorang ukhti, "kalau awak nak 'jodoh' awak mudah dengan para Ulama.. Maka bantu orang dalam men'jodoh'kan mereka dengan Ulama."
"Daripada pihak penganjur, pihak yang meluluskan kertas kerja, pihak unit kenderaan, kawan-kawan yang membantu, hatta mereka yang membantu menyebarkan SMS, mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga Allah memberi kebaikan dunia dan akhirat kepada mereka.Amiin."
"Semoga dipermudahkan urusan kami dan ditaufiqkan untuk hadir ke majlis haul esok. Amiin."

0 comments:
Post a Comment