SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431H
daripada saya dan keluarga..
ليس العيد لمن لبس الجديد *** إنما العيد لمن طاعته تزيد
ليس العيد لمن تجمل باللباس والركوب *** إنما العيد لمن غفرت له الذنوب
sesungguhnya hari raya itu bg siapa yg ketaatannya bertambah,
Bukanlah hari raya itu bagi sesiapa yg bercantik2 dgn pakaian dan kenderaan,
sesungguhnya hari raya itu bg siapa yg diampunkan dosanya"
Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza
Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berjasa diawal zaman
Ramadhan kami malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman
Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah Nur al-Quran
Tapi malam kami muram bertemu dengkur
Mereka berlumba mengejar makrufat
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa
Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga

0 comments:
Post a Comment