Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..
Jika tidak tersilap, tiga minggu yang lepas pensyarahku telah member pinjam sebuah kitab. Kitab Syarah Ratib al-Haddad, oleh al-Habib Alwee bin Ahmad bin al-Hasan bin Abdullah bin Alawi al-Haddad Ba Alawi. Beliau memberi pinjam sehingga hujung bulan ini (oktober). Minggu akhir perkuliahan.
Semasa kelas tutorial lepas, beliau bertanyakan tahap pembacaanku. Baca atau tidak. Jawabku; "Baca.. Tapi, rasanya tak mampu nak habiskan".
Maklum sahaja kitabnya tebal, 526 muka surat. Saiz dan ketebalan lebih kurang saiz dan tebal mushaf al-Quran. Dalam bahasa arab pula. Bahasa arab dah la tak berapa nak pandai, merangkak-rangkak baca nak bagi faham. Masa pun perlu dibahagikan untuk subjek bagi semester ini, berinternet, tidur, assignment, dan tesis. Memang rasa tak sempat nak habiskan.
Kitab tersebut pada pendapatku sangat bagus. Apabila membaca, seolah-olah penulis kitab sedang berkata-kata dengan kita. Gaya penulisan pun menggambarkan bahawa penulis kitab tersebut seorang yang 'aalim, tetapi sangat tawadu'. Banyak lagi sebenarnya dalam kitab ni. Nak tulis disini pun tak berapa nak yakin, bimbang tersalah dalam menterjemah. Tambahan lagi, belum habis membacanya. Pendek kata, sangat teringin untuk memiliki kitab seperti ini.
Ada juga bertanyakan pensyarah tersebut, kitab ini ada dijual atau tidak. Beliau menceritakan hal-hal berkaitan golongan al-Haddad jika mengarang suatu kitab. Dipendekkan cerita, kitab tersebut susah nak jumpa. Bilangannya terhad, mungkin kerana tidak banyak yang dicetak (pendapat sendiri setelah mendengar penjelasan pensyarah tersebut).
Dipendekkan cerita lagi, tadi aku mendapat pesanan ringkas daripada beliau, yang berbunyi: "Jangan copy kitab syarah ratib saya dapatkan free utk najiha"..
(^____^). Tersenyum lebar. (^____^)
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Moga dapat berkat kitab, penulis kitab, berkat guru.. Moga ditaufiqkan untuk membaca kitab tersebut seterusnya mengamalkan apa yang ada didalamnya. Amiin.
0 comments:
Post a Comment