Nukilan Hati..

Seorang wanita, anak, isteri dan ibu..

MERINDUKAN

بسم الله الرحمن الرحيم

أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله

اللهم صلي وسلم على سيدنا محمد وعلى آل بيته وصحبه أجمعين


***** PROLOG *****


Semester ini adalah semester terakhir di USIM. Sebuah tempat yang aku sayangi. Bukan kerana infrastrukturnya, tidak juga kerana kemudahan yang disediakan. Tetapi, di sini tempat aku menemukan cinta.


Semester ini merupakan saat yang terindah. Pelbagai perkara dilalui, semakin bertambah pula rasa cinta.


***** BAB 1 *****


Mengapa aku semakin cinta?


Setelah sekian lama mengimpikan untuk mengenali dan hampir dengan mereka yang berketurunan istimewa. Kini, aku telah menemuinya. Senang hati jika bersamanya. Al-Haddad.


Setelah sekian lama berharap dan cuba berusaha duduk satu majlis dengan al-Habib Umar. Semester ini, segalanya jadi kenyataan. Alhamdulillah, harapan dijayakan berwasilahkan dia, al-Haddad.


Tetapi, kemanisan dan keindahan ini tiada akan dapat dirasai tanpa si dia pula.

Silsilahnya juga istimewa.

Dia yang mengenalkan rindu dan cinta.

Dia yang mengenalkan siapa Habib Umar.

Dia yang memberitahu pengertian al-Haddad.

Dia mengajar tentang rindu kepada kekasih.

Dia yang mengajar untuk cinta kepada Pencipta sang kekasih.


Aku ingin selalu dengan mereka.. Dalam usaha merindukan kekasih, dalam pencarian mengejar cinta Pencipta kekasih..


***** BAB 2 *****


Hakikatnya, kini sudah hampir..

Tersangat hampir.

Saat itu.

Detik perpisahan dengan mereka.

Tiga insan.


***** BAB 3 *****


Insan pertama, pertemuan dengannya sangat singkat. Hanya beberapa jam. Namun berhasil mencipta rindu. Baru bertemu, sudah terpaksa berpisah.


Insan kedua, perkenalan hampir mencecah empat bulan. Kebanyakan impian hati dijayakan, seakan-akan berwasilahkan dirinya.


Insan ketiga, jika tidak tersilap hitung hampir tiga tahun bersama. Tanpanya, tiada insan pertama dan insan kedua. Tanpanya, tiada kenal. Tanpanya, tiada rindu. Tanpanya, tiada cinta.


***** EPILOG *****


Aku terlalu ingin bersama mereka

Bersama mereka jiwa seakan tenang

Keserabutan diganti kedamaian


Aku terlalu ingin bersama mereka

Bersama mereka, selain mereka jadi tiada makna

Tidak mahu segala, jika ada bersama mereka


Aku terlalu ingin bersama mereka

Susahnya untuk mendapatkan mereka

Bila ketemu tidak mahu berpisah lagi


Aku terlalu ingin bersama mereka

Bersama mereka terasa asyik

Tanpa mereka hati menangis kerinduan


Aku terlalu ingin bersama mereka

Walau berat terpaksa akur

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa


***** TAMAT *****

0 comments:

Post a Comment