Nukilan Hati..

Seorang wanita, anak, isteri dan ibu..

RESULT


Taubat = Tidak bersungguh
Mujahadah = Gagal
Sidq = Masih mencuba
Cergas = Kurang
Pelihara Wirid = Tidak sepenuhnya
Muhasabah = Masih mencuba
+
Ikhlas = Gagal
Disiplin = Gagal
Sabar = Gagal

Hasil kajian tentang diri sendiri yang aku buat, aku mendapatkan keputusan seperti di atas. Tiada satu yang berjaya. Kebanyakannya masih di peringkat F (gagal). Argh, lemahnya diri.

Sendiri mengakui semakin penat dengan perkara yang sia-sia, tidak bermanfaat, yang mungkin juga mengundang dosa. Tetapi, perkara yang memenatkan itu juga yang masih aku lakukan. Kerana itu aku cuba mengkaji. Mudah-mudahanan aku terima jawabannya. Walau pada hakikatnya, mungkin aku sendiri punya jawapan untuk persoalan ini.

Taubat. Dimanakah taubatku selagi syarat-syaratnya masih aku mungkiri? Di mana syarat-syarat taubat itu: berazam untuk tidak mengulangi kesalahan dan dosa itu, menyesal dengan dosa tersebut, sekaligus berjanji tidak akan mengulangi dosa itu buat kesekian kalinya.

Mujahadah. Bibir mudah mengungkap kata. Namun, hakikatnya ia tidak semudah dikata. Seringkali tersungkur. Tewas dengan nafsu dunia.

Sidq. Pembahagiannya agak luas. Samada dari sudut aqidah, syariat ataupun akhlak. Aku masih mencuba. Mencari. Mengkaji.

Cergas. Sifat malas sentiasa sahaja menguasai diri. Sentiasa berbuat sesuatu ala kadar sahaja.

Pelihara wirid. Tidak sepenuhnya. Adakala terlupa. Kalah dengan urusan dunia.

Muhasabah. Masih mencuba. Walaupun seringkali aku menabur janji kosong didalamnya.

Namun, mengikut pandangan diriku tentang diri sendiri. Aku akan terus gagal tanpa 3 perkara ini: Ikhlas, Disiplin dan Sabar.

Ikhlas. Ketua segala amal. Seringkali guruku mengingatkan, nak beramal biarlah ikhlas. Usah diletak sebarang target. Beramal jangan kerana inginkan natijah. Beramallah untuk mengharapkan redha Allah. Ikhlas ini tidak dapat dilihat. Hanya Dia yang dapat mengukur tahap keikhlasan seseorang. Aku tidak tahu, apakah amalku ikhlas keranaNya. Diri yang kotor ini selalu sahaja mengiyakan diri ikhlas dalam beramal. Namun, jika diselidik, dikaji. Aku antara mereka yang tertipu. Tertipu dengan diri sendiri. Huh. Beramal kerana natijah. Memaksa-maksa Tuhan. Lupa hakikat diri. Tiada adab dalam bertuhankan Allah. Astaghfirullah innallaha kana tawwaba.

Disiplin. Tanpa disiplin, apa pun tak jadi. Zikir tak tetap masa, solat tidak dijaga. Begitu juga amal-amal lain. Lemahnya tahap disiplin diri ini. Sering sahaja hangat-hangat tahi ayam.

Sabar. Sifat sabar sangat memainkan peranan yang penting dalam membentuk diri ini. Nak bermujahadah pun perlukan sabar. Tapi itulah, diri ini sangat kurang sifat sabarnya. Mudah marah pun satu hal. Sebab itulah sifat sabar penting untuk diriku.

0 comments:

Post a Comment