Nukilan Hati..

Seorang wanita, anak, isteri dan ibu..

26 NOVEMBER


Hari ini, 26 November 2009 - Genaplah usiaku 21 tahun (mengikut tahun masihi la, ikut calendar Islam 16 Rabi’ al-Awwal kalau tak silap).

Alhamdulillah, telah diizinkan untuk bernafas selama 21tahun. Tidak tahu bilakan nikmat itu akan ditarik. Maklum sahaja, meningkatnya usia maka semakin berkuranglah saki baki umur yang masih ada.

Moga ilmu, iman dan amal bertambah selaras dengan usia. Doakan aku. Bersempena juga dengan Hari Arafah yang kita digalakkan Rasulullah SAW untuk perbanyakkan doa, ku harapkan mustajabnya doa kali ini. Menulis pada waktu asar, juga ku harap keberkatan waktu itu.

Tiada yang lebih ku dambakan melainkan redha dan cinta daripada Penciptaku, juga kekasihnya Rasulullah Muhammad SAW. Selawat dan salam ke atasnya.

Sanah Helwa ya Najihah!!

0 comments:

Post a Comment