Nukilan Hati..

Seorang wanita, anak, isteri dan ibu..

TENTANG EMAK


Mak dan Abah..


Dah lama aku ingin menulis berkaitan tajuk ini. Namun, kurang berkesempatan.

Balik rumah baru-baru ini... Aku ‘menyelongkar’ peti sejuk. Terlihat ketam di kotak sejuk beku. Teringat.

Ceritanya awalnya, aku berada di asrama sewaktu berbual dengan emak. Berbual melalui telefon. Emak turut menyelitkan bahawa ia memasak lauk ketam.Cerita emak, ada bahagian ketam yang keras tu, sehingga kena ketuk dengan anak lesung. Hu. Aku pun sekadar menyuarakan teringin nak makan juga ketam itu. Maklum, dah lama juga tidak makan berlaukkan ketam.

Hm, kesimpulannya emak beli ketam itu untuk meraikan keinginan aku. Dan, peristiwa macam tu bukan hanya berlaku kali ini. Malah banyak lagi peristiwa yang sama berulang. Aku dan abang pernah membicarakan hal ini. Cerita abang, ada sekali tu abangku hanya mengungkapkan; “Rasa nak makan nasi lemak je..”. Dan, keesokan paginya kami sekeluarga bersarapan dengan nasi lemak. Di sini kami membuat kesimpulan, mak selalu mendahulukan kami anak-anaknya.

Melalui bicara dengan abangku juga, ia selalu mengingatkan aku agar tidak lupakan mak dan abah. Kata abang, mak akan dapat rasa bila kita ingat dan lupa padanya. Jangan nak tipulah tentang perkara ini. Argh, aku teringat-ingatkan mak dan abah saat menulis ni. Walaupun, mereka hanya ada diruang tamu. Aku berada di dalam bilik.

Aku sayangkan mak dan abah. Aku kasihkan mereka. Aku ingin mendahulukan mereka. Aku ingin meraikan mereka. Aku ingin menggembirakan mereka. Aku ingin membahagiakan mereka. Namun, lemahnya aku untuk membuat semua itu.. Aku tidak punya apa pun.

Ya Allah, padaMu jalan penyelesaiannya. Bantu aku ya Allah. Permudahkan urusanku ya Allah. Ampunkan dosaku jua ibubapaku. Berikan aku kesempatan untuk membahagiakan ibu bapaku. Ameen.

*Seorang rakanku akan melaksanakan ibadah haji pada tahun ini. Ada juga minta doakan sekali untuk diri aku ini. Moga-moga ia tidak lupa untuk doakan aku. Moga ada berkatnya. Apapun, moga urusannya di tanah suci dipermudahkan. Moga sihat-sihat selalu, dan tenang dalam mengerjakan ibadahnya. Ameen..

0 comments:

Post a Comment