
Minggu ni last hantar rakaman suara untuk subjek Tarannum. Kalau boleh, rasa tak nak hantar aje. Aku tak sanggup mendengar suara aku yang ‘merdu’ ni bertarannum. Malu sendiri. Tapi, tidak dapat tidak kena hantar juga. Ada 20 markah yang diperuntukkan untuk rakaman suara ini. Rugi kalau tak hantar. Huh.
Sebelum ni pernah juga cuba rakam suara sendiri bertarannum. Secara senyap aku ke bilik tarannum fakulti, pintunya aku kunci. Bertarannum la sangat kononnya. Di akhirnya, aku buang sahaja rakaman suara itu. Huduh sungguh bunyinya. Malu mendengarkannya.
Hm, apapun tiada apa yang boleh dibuat lagi. Kena terima hakikat, minggu ni kena hantar rakaman suara tu. Apa yang penting???! Markah.. Huhu.
"Dan cukuplah kematian, Jadi satu pengajaran.."
Blog Pilihan
Blog Pilihan_2
Blog Rakan
Arabic Website
Resepi Pilihan
Bloggers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment