
Mengikut perancangan awal, 24, 25 dan 26 hb Oktober ini aku dijadualkan untuk meluangkan masa untuk bercuti bersama keluarga tercinta. Tak jauh, hanya di Port Dickson, Teluk Kemang. Namun, perancangan itu tidak berjaya direalisasikan sepenuhnya. Di saat-saat akhir, jadual aku bertindih pula dengan program Nadwah Tafsir di fakulti yang memerlukan aku untuk menghadirkan diri. Program berlangsung pada 25 Oktober. Bermula jam 8 pagi – 5 petang.
Cerita awalnya, Nadwah Tafsir dijadualkan berlangsung pada 27hb. Aku berasa lega, kononnya aku masih sempat bercuti 3 hari bersama keluarga. Namun, beberapa hari kemudian aku dikhabarkan program akan di awalkan kepada 26hb. Hal ini kerana, pada 27 dan 28hb fakulti ada program lain. Aku mengkhabarkan hal ini pada mak dan abah. Kata mereka, boleh aje join rihlah ke PD. Sekurang-kurangnya dapat juga 2 hari. Aku berasa lega. Waktu itu aku rasakan, pertukaran tarikh itu ujian untuk aku samada aku ni bersikap tenang dan redha atau tidak. Dengan rasa perasan, lalai dan lupa, aku berkata pada diri: “Agaknya, aku dah lulus ujian Tuhan ni”. Riak.
Beberapa hari kemudian pula, aku menerima berita yang tidak disangka-sangka. Seorang rakan menyampaikan, “Program Nadwah Tafsir akan diawalkan lagi kepada 25hb”. Hal ini kerana, pada 26hb cuti umum. Cuti sempena pertabalan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Ini bermakna, harapan berbunga-bunga aku untuk bercuti bersama keluargaku amat tipis. Saat itu baru aku sedar, aku belum kuat. Aku bukanlah seorang yang tenang, bukan juga seorang yang kuat bila ujian datang secara tiba-tiba. Saat berita itu disampaikan, aku gagal mengawal perasaan. Menangis. Lupa pada perancangan Tuhan untukku. Aku gagal lagi.
Di pendekkan cerita, atas belasNya aku sempat juga bersama keluargaku. Bercuti. Walau tidak sampai sehari. Sempat juga bermalam bersama. Pagi 25hb, abah dan abang menghantar aku pulang ke Nilai, seterusnya ke kampus untuk aku menunaikan tugas-tugas yang telah dipertanggungjawabkan untuk Nadwah Tafsir tu.
Kesimpulannya, aku masih lagi dalam kategori GAGAL. Gagal untuk tenang tika ujian Tuhan bertamu untuk diriku.
Firman Allah: “Jangan kamu sangka kamu beriman selagi kamu tidak diuji..”
"Dan cukuplah kematian, Jadi satu pengajaran.."
Blog Pilihan
Blog Pilihan_2
Blog Rakan
Arabic Website
Resepi Pilihan
Bloggers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment