Nukilan Hati..

Seorang wanita, anak, isteri dan ibu..

ULASAN NOVEL



Semalam (Khamis-24/09/09), aku sempat berkunjung ke Kedai Buku al-Hidayah, Temerloh. Mencari-cari buku. Mengikut kata abah, kedai buku itu juga turut menjual kitab-kitab pondok. Sesuai dengan keadaan aku sekarang yang memang tengah tercari-cari kitab-kitab itu. Hajatnya nak cari 3, 4 buah kitab. Tapi, hanya jumpa 1 kitab sahaja. Selain itu, aku juga turut membeli sebuah novel sejarah Islam berjudul 'Sultan Muhammad al-Fateh Penakluk Konstantinople'.

Aku pun baru sahaja mengetahui serba sedikit tentang kisah Sultan al-Fateh dan Penaklukan Kota Konstantinople ni. Melalui cerita seorang pensyarah, aku mulai minat dan ingin mengetahui tentang kisah sejarah ini. Kalau boleh, aku nak tahu tentang sejarah, khasnya sejarah Islam. Waktu sekolah dulu, memang tak minat subjek sejarah, apatah lagi geografi.

Namun, kata-kata pensyarah aku baru-baru ini sedikit-sebanyak berkesan dihati. Menurutnya, musuh Islam memang sengaja menggalakkan orang Islam untuk tidak minat dan lupakan sejarah. Pensyarah itu juga turut mengatakan minatnya terhadap geografi sewaktu mengajar kelas aku baru-baru ini. Sedikit-sebanyak membuatkan aku berminat untuk mengetahui dan menghafal beberapa nama dan kawasan didalam peta dunia. Hu.

Aku suka membaca dan mendengar. Kebanyakan hal yang aku ketahui melalui proses pendengaran dan pembacaan. Oleh itu, perdengarkanlah padaku apa-apa sahaja yang memberi manfaat dan kebaikan. Bantu aku mengurangkan, seterusnya menjauhkan daripada hal-hal yang tidak selayaknya didengari. Allahumma ameen.

Hm, hajatnya nak cakap tentang novel Sultan al-Fateh dan Konstantinople. Tiba-tiba terlari daripada tajuk asal.

Daripada pembacaan aku terhadap novel tersebut, banyak pelajaran dan pengajaran yang boleh kita dapati. Boleh dikatakan, setiap situasi yang berlaku ada sahaja pengajarannya yang tersendiri.

Antaranya, cara mendidik anak-anak. Proses mendidik hendaklah bermula dari kecil. Memukul (secara berhemah) adalah satu daripada cara mendidik. Turut diselitkan cara memilih guru untuk mengajar. Semestinya daripada mereka yang dipercayai, berpengalaman dan sebagainya. Di dalam novel ini juga, menunjukkan perlunya bagi kita untuk mendampingi dan sentiasa bertanyakan Ulama' atau ahli agama dalam setiap hal-hal berkaitan. Ini dapat dilihat melalui perlakuan Sultan Murad (ayah Sultan Muhammad) dan anaknya (Sultan Muhammad) sendiri. Dan banyak lagi.

Untuk ulasan dan perincian yang lebih lanjut, mungkin boleh baca dan selami sendiri apa yang dikisahkan melalui kisah Sultan Muhammad dan penaklukan Konstantinople ini.

0 comments:

Post a Comment