Cuti-cuti ni juga, seperti biasa berborak, bercerita dan bertanya macam-macam dengan abang aku. Banyak benda yang aku tak tahu ada pada abangku, ada pada diri abang aku rupanya. Agak kagum juga sikit-sikit. Aku yang belajar di institusi pengajian Islam ni pun tak tahu apa-apa. Nama aje pelajar jurusan agama, tapi apa pun tak ada. Moga-moga, aku ni sedar diri la sikit. Dah tahu tak pandai, rajin-rajinla belajar ye. Wahai Allah, kuatkan upayaku, permudahkan urusanku..
Cerita punya cerita, terselit juga nama antara kalangan keturunan Rasulullah SAW; Habib Umar dan Habib Ali al-Jufri. Abangku mula bercerita, ia pernah mengikuti majlis bersama Habib Umar dalam tempoh pengajiannya di UUM, Kedah beberapa tahun lalu. Siap sempat bersalaman lagi. Cerita abangku lagi, ia juga pernah mengikuti majlis bersama Habib al-Jufri, tapi tak berkesempatan bersalaman kerana kesesakan orang ramai yang turut berkunjung.
Aku yang mendengar ni, hanya menahan rasa kagum dan jeles. Senyap-senyap je abang aku ni. Tapi, kalau abang aku cerita awal-awal pun, waktu itu aku masih belum mengenali mereka, para Habib. Aku mula kenal nama Habib Umar dan Habib al-Jufri baru-baru ini juga. Melalui seorang pensyarah. Alhamdulillah, berpeluang juga kenal nama dan wajah mereka.
Apapun, teringin sangat nak berjumpa, mengikuti majlis, bersua, memandang wajah dan peribadi mereka. Kata seorang pensyarah, selain melihat kaabah, masjid, baik juga untuk kita tengok wajah-wajah orang alim ulama' ni.
"Dan cukuplah kematian, Jadi satu pengajaran.."
Blog Pilihan
Blog Pilihan_2
Blog Rakan
Arabic Website
Resepi Pilihan
Bloggers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment