Utusan Tuhan bersabda
Benarkan satu ketika
Derapan kuda
Bebaskan
Tentera Fateh pun datang
Hadith Nabi kuatkan iman
Layar kapal rentas daratan
Tanduk emas dibantu Tuhan
Tujuh puluh kapal pun tiba
Byzantine gegak gempita
Dua ratus ribu tentera
Mimpi buruk sudah pun tiba
Lapan ratus tahun penantian
Konstantine akhir ditawan
Panji Islam dikibar Hasan
Tubuh syahid jiwa dikorban
Itulah si anak muda
Beraksi menggegar dunia
Itulah sebaik raja
Itulah sebaik tentera
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya Konstantinople itu pasti dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya".
"Konstantinople akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik".
"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat, dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan".

0 comments:
Post a Comment