Nukilan Hati..

Seorang wanita, anak, isteri dan ibu..

SELINGAN




Imam Syafie:
"Kamu melakukan maksiat sedangkan kamu cintakannya. Bagiku ini memang aneh. Sekiranya kamu benar-benar mencintaiNya, nescaya kamu taatkannya. Ini kerana, orang yang bercinta akan menurut sahaja kehendak kekasihnya.."

Ibrahim Adham:
"Seseorang itu tidak akan dapat mencapai darjat solihin melainkan ia terlebih dahulu mestilah melepasi enam halangan; Halangan Pertama, Pintu nikmat akan terkunci dan pintu kesusahan akan dibuka. Kedua, Pintu kerehatan akan ditutup dan pintu usaha keras akan dibuka. Ketiga, pintu kebanggaan akan ditutup dan pintu kehinaan akan dibuka. Keempat, Pintu tidur akan ditutup dan pintu berjaga malam akan dibuka. Kelima, Pintu kekayaan akan ditutup dan pintu kefakiran akan dibuka. Keenam, pintu angan-angan akan ditutup dan pintu persediaan untuk menghadapi maut akan dibuka.."

Imam abu al-Hasan al-Syazili:
"Ya Allah, kurniakanlah kepadaku sifat sabar untuk mentaati perintahMu, menjauhi laranganMu dan menjauhi nafsu syahwat yang semua itu akan menjauhkan aku daripada sisiMu.."

0 comments:

Post a Comment