
Jumaat (21/08/09) - Alhamdulillah, selawat dan salam buat Rasul junjungan Muhammad SAW, kita diberi kesempatan untuk terus menghirup udara di awal Ramadhan ini. Untuk minggu ini juga abang aku balik rumah, alhamdulillah kami diberi kesempatan untuk meraikan awal Ramadhan bersama, InsyaAllah. Agak banyak juga kurma yang abang bawa balik, hadiah daripada tempat ia bekerja. Bulan-bulan puasa ni kurma memang agak popular.
Sebut tentang kurma, muda-muda dulu aku bukanlah seorang penggemar kurma. Dalam sebulan puasa mungkin dalam 3 atau 4 biji sahaja yang aku makan. Masa berlalu, dah tua-tua ni aku nak belajar makan kurma. Aku ingin cuba untuk sukakan kurma ini, demi mengingat kembali sirah Rasulullah SAW yang diriwayatkan suka memakan kurma.
Seperti yang kita sedia maklum, kurma banyak khasiatnya. Adik aku bercerita antara kelebihan makan kurma yang diceritakan oleh seorang Ustaz. Kata Ustaz tersebut, sebagai contoh sempena Ramadhan ini, kalau kita makan kurma 30 hari di bulan Ramadhan insyaAllah boleh membunuh atau mematikan cacing-cacing di dalam perut. Kalau makan kurma yang baik dan eloklah. "Kalau makan kurma murah, cacing dalam perut tu sengih je.." Ustaz tersebut menyelitkan sedikit gurauan.
Apapun, sekadar pemberitahuan, di Saluran 106, Astro Oasis kini ditayangkan drama Arab tentang sirah Rasulullah SAW yang secara ringkasnya diadaptasi daripada kitab Sirab Ibnu Hisyam. Tajuknya 'Qamar Bani Hasyim: al-Sirah al-Nabawiyah'. Kalau tak silap, untuk minggu ni baru 5 episod ditayangkan. Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang. Petang tadi tak sempat nak tengok, emak tengok TV3, 'Ustaz Asri dalam Kenangan'. Apapun, moga rohnya (Ustaz Asri Rabbani dan umat Islam keseluruhannya) mendapat rahmat dan keampunan Ilahi. Al-Fatihah.
Berbalik kepada drama Qamar Bani Hasyim, mengikut apa yang sempat ditonton, sejak babak peristiwa kelahiran Rasulullah SAW lagi, hati kita sudah terdetik untuk kasihkan baginda SAW. Rabbuna yukhaliq. Bagi sesiapa yang berkelapangan, mungkin boleh tengok cerita tu. Sedikit sebanyak, mungkin boleh menambahkan rasa kasih kita kepada Rasulullah yang mulia, Muhammad SAW. InsyaAllah.
Moga Ramadhan kali ini menjadi yang terbaik, berbanding Ramadhan yang lalu
Moga rahmat dan keampunanNya sentiasa ada untuk kita
Moga diberikan hidayah dan taufiq daripadaNya. Agar kita bersungguh dan istiqamah untuk beribadah kepadaNya.
Moga dikurniakan rasa cinta kepada Allah dan RasulNya. Agar Allah dan RasulNya juga kasih kepada kita
Moga ditunjuki ke arah jalan yang benar, jalan yang diredhai oleh Allah dan RasulNya
..Ameen..
DIA MUHAMMAD
Inteam/Allahu Rabbi
Awwalul kalam dengan salam,
Buat junjungan Khairal Anam,
Dalam selawat yang disulam,
Alun zikir memuji Sohibul 'Alam
Lembaran sirah pun berperi
Riwayat insan yang terpuji
Bersalasilah para nabi
Keturunan Quraisy yang molek pekerti
Ahmad, itu nama yang tersurat
Dalam Injil juga Taurat
Apatah lagi kitab Al-Qur'an
Dia Muhammad
Penutup sekalian nabi
Penyampai risalah suci
Islam agama yang diredhai
(Dia pembela di mahsyar nanti)
Dari gelita jadi cahaya
Dari derita jadi bahagia
Kerana dia pembawa rahmat
Kerna dia juga pemberi syafaat
Huwa Muhammad,Huwa khatimunnubuwah,
Huwa balighurrisalah, Huwa saiyiduna wa imamuna
Dia Muhammad
Dia tauladan utama
Sunnahnya jaminan syurga
Berlandaskan wahyu yang Maha Esa
Waimma cerca ataupun hina
Hatta dihunus pedang kuffar durjana
Namun baginda beralah tiada
Kerna percaya Allah tetap bersamanya
"Dan cukuplah kematian, Jadi satu pengajaran.."
Blog Pilihan
Blog Pilihan_2
Blog Rakan
Arabic Website
Resepi Pilihan
Bloggers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment