
Rejab yang berlalu telah aku siakan
Begitu juga Syaaban yang bakal pergi
Dan kini, sinar Ramadhan bakal bertamu
Jika indahnya Rejab dan Syaaban aku biarkan berlalu begitu sahaja,
Tidak ingin pula aku biarkan kemuliaaan Ramadhan turut berlalu
Tanpa memberi apa-apa makna.
Ku harapkan padanya keberkatan buat diriku, dan mereka yang aku sayangi
Kata guru,
Rejab dan Syaaban persediaan menghadapi Ramadhan
Namun, tanpa persediaan itu,
Mampukah aku menghadapinya dengan baik?
Alangkah ruginya diri
Mensia-siakan hari-hari yang berlalu tanpa berbuat apa pun
Mengimbau kembali Ramadhan yang pernah aku lalui
Darjatnya hanya setakat menahan lapar dan dahaga
Aku tidak mahu itu berlarutan lagi
Namun, kuatkah diri ini untuk menagih darjat yang lebih tinggi daripada itu?
Wahai Tuhan,
PadaMu aku pohonkan kekuatan
Bersihkan hati dan diri ini
Agar aku dapat mengecapi kemanisan Ramadhan
Ia datang hanya sekali dalam 12 bulan
Berikan aku kesempatan untuk memilikinya
Ku harapkan Ramadhan kali ini memberi makna yang aku cari-carikan
Wahai Ramadhan, datanglah padaku..
Wahai Allah, sucikan diri kami dengan kesucian Ramadhan,
Peliharakan diri kami dengan kemuliaan Ramadhan..
Ya Allah, berkatilah kami di Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan. Ameen.
* Dikesempatan ini, jutaan kemaafan dipohonkan daripada saya sekeluarga atas segala salah dan silap. Sengaja atau tidak sengaja, sedar atau tidak sedar. Zahir dan batin. Diri yang sentiasa dibelenggu dosa ini mengharap agar dikurangkan beban dosa itu untuk menghadapi Ramadhan kali ini. Doakan kami. Astaghfirullah, innallaha kana tawwaba.. Barakallahufikum.
"Dan cukuplah kematian, Jadi satu pengajaran.."
Blog Pilihan
Blog Pilihan_2
Blog Rakan
Arabic Website
Resepi Pilihan
Bloggers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment