
Hujung minggu lepas, aku telah pulang ke kampung. Antara faktornya, aku ingin menziarah sahabatku yang pulang bercuti sejak awal Julai lalu. Sahabatku itu mengambil syu’bah Aqidah dan Usuluddin di al-Azhar, Misr. Lebih kurang 2 tahun kami tidak bersua.
Sewaktu berkunjung ke rumahnya, sahabatku itu telah menghidangkan beberapa jenis makanan dan minuman yang dibawa dari Mesir. Kiranya, aku berkesempatan juga merasai makanan dan minuman orang Arab ni. Huhu.
Antaranya, aneka buahan seperti tin, zaitun, prune yang masih belum dikeringkan. Agak berminat dengan rasa buah-buah yang dimakan, walau pada pemulaannya rasa buah zaitun yang dijeruk itu agak pelik. Namun, mengenangkan nama Tin dan Zaitun itu disebutkan dalam al-Quran, sedaya upaya aku cuba sukakannya. Terdapat juga aneka makanan ringan, mungkin juga kuih, yang rasanya amat manis. Rasanya agak kurang menepati citarasa lidah ini.
Sempat juga kami bercerita tentang keadaan masing-masing dan rakan-rakan yang sama bersekolah di sekolah menengah dulu. Sebelum aku pulang, sahabatku menghadiahi aku dengan beberapa buah tangan yang ia bawa dari Mesir. Terima kasih. Buah tangan yang dibawa bukanlah penting pada pandanganku, namun jauh disudut hati aku amat berterima kasih atas ingatannya padaku. Aku terimanya setulus hati, tanda penghargaan seorang sahabat.
"Dan cukuplah kematian, Jadi satu pengajaran.."
Blog Pilihan
Blog Pilihan_2
Blog Rakan
Arabic Website
Resepi Pilihan
Bloggers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment