Nukilan Hati..

Seorang wanita, anak, isteri dan ibu..

AL-HARAMAIN


Sambil-sambil melayari internet, menjengah sebentar di ruang blog rakan yang belajar di Yarmouk, Jordan. Tertarik membaca entri didalamnya yang bertajuk ‘Umrahku yang Pertama’. Jealous.

Rakanku itu telah pun berkesempatan mengerjakan umrah, berkunjung ke Makkah dan Madinah. Berpeluang mengunjungi Baitullah, Masjid Nabawi, seterusnya menziarah maqam Rasulullah Muhammad SAW. Rasa senang bercampur sayu. Senang kerana rakanku berpeluang berkunjung ke Haramain (Makkah dan Madinah). Sayu kerana memikirkan diri sendiri masih belum punya kesempatan berkunjung ke sana. Di samping kerana kehendak dan keizinanNya, mungkin kesempatan berkunjung ke Haramain itu juga antara keistimewaan mereka yang belajar di luar Negara.

Makkah tanah yang mulia, Madinah tempat hijrah Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat RA. Mungkin kerana kekurangan dan kelemahan diri ini menjadikan aku belum layak ke sana. Apapun, aku berharap sekali untuk berkunjung ke sana. Melakukan apa yang sewajarnya untuk dilakukan disana, Makkah dan Madinah. Mengunjungi Kaabah, kiblat umat Islam. Solat di Masjid Nabawi, yang menjanjikan ganjaran yang besar. Menziarah maqam Rasulullah SAW, mengucapkan salam dan ucapan terima kasih kepadanya. Mengunjungi tempat-tempat sejarah yang bisa mengimbau perjalanan hidup Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat RA.

Ya Allah, berikan aku kesempatan dan kemudahan untuk semua itu. Aku akan sentiasa menantikan saatnya tiba. Allahumma ameen..

0 comments:

Post a Comment