Nukilan Hati..

Seorang wanita, anak, isteri dan ibu..

SWAT

Selasa (28/07/09) dan Rabu (29/07/09) ini akan berlangsung Seminar Wahyu Asas Tamadun (SWAT) anjuran Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia.

Aku antara urusetia yang akan bertugas semasa program berlangsung. Moga dengannya aku beroleh pengalaman. Apapun, terima kasih buat Ustaz Sanusi yang memberi peluang untuk aku turut serta dalam program ini. Aku bukanlah antara mereka yang layak untuk dipilih untuk turut menjadi urusetia program tersebut. Banyak kekurangan dan kelemahan diri ini.

Rendahnya diri saat perjumpaan pertama antara urusetia-urusetia yang dipilih. Semuanya kelihatan berpengalaman dan bijak-bijak. Aku sebaliknya. Namun, cerita seorang rakan tentang Ustaz Sanusi mengesyorkan namaku untuk turut berada dalam senarai urusetia sedikit sebanyak menenangkan hatiku.

Pengalaman bekerja bersama pensyarah dan rakan-rakan agak menyeronokkan. Teman-teman yang sebelum ini tidak pernah bertegur sapa, boleh berkongsi cerita bersama. Secara tiba-tiba aku agak peramah pula dengan mereka yang tidak rapat denganku. Setahu aku, aku ni seorang yang pendiam dan tidak peramah. Rabbuna yukhaliq.

*Moga aku dapat menjalankan apa yang ditugaskan kepadaku dengan baik. Moga perjalanan program berjalan dengan lancar. Moga aku tidak melakukan sesuatu yang akan mengganggu perjalanan program yang akan berlangsung nanti. Ameen..

0 comments:

Post a Comment