Nukilan Hati..

Seorang wanita, anak, isteri dan ibu..

DOA & HARAPAN


Petang Isnin lalu aku mendengar suatu berita. Berita yang membuatkan aku tidak terkata apa-apa. Hanya terpana. Berita yang membuat hatiku seakan kosong. Menangis tidak. Tidak menangis pun tidak. Tidak tahu apa yang sedang aku rasakan. Pada waktu yang sama, terasa ringan. Ringan daripada memikul suatu beban.

Aku merasakan salah satu daripada dua doaku dimakbulkan. Moga apa yang berlaku itu antara rahmat dan kasihNya untukku. Pasti disisiNya ada perancangan yang lebih baik untukku. Selepas beberapa hari, aku rasakan telah menemui antara hikmah disebalik berita yang aku dengar itu.

Sebut tentang doa ini, aku pernah memperlekeh abangku yang berangan dan perasan nak memiliki Toyota Rush. Tetapi, jawabnya padaku, “Tuhan tu Maha Kaya, kita je yang tak nak mintak.” Aku terdiam. Lupa tentang hakihat itu. Aku mengaku padanya tentang satu daripada impianku. Moga doanya ada untukku.

Aku memberitahu abangku. Aku ada 3 semester lagi di USIM ni, 1 semester lagi untuk praktikal. Harapanku dihari graduasi nanti, ingin tercalon antara mereka yang mendapat PNGK 3.7 ke atas. Tetapi untuk mencapai angka itu, tidak dapat tidak dalam 3 semester yang ada ini aku perlu mencapai PNGS 4.0 untuk setiap semester. Abangku kemudiannya membalas, “Em, bos abang ajar. Amik 1 buku atau kertas, tulis benda yang kita nak. Benda tu jadi doa jugak tu. Hu.”

Kata seorang pensyarah selain pencapaian akademik yang bagus, sudut kemahiran dan ke’aktif’an berprogram semasa belajar juga perlu dititikberatkan. Namun, bersesuaian dengan diri yang serba kekurangan ni, kemahiran apa pun tiada. Tidak dapat tidak aku perlu mencapai apa yang terbaik, yang aku terdaya dari segi pencapaian akademik.

Bunyinya macam berat. Tapi selagi terdaya, aku akan cuba. Doakan aku. Moga urusanku dipermudahkan. Ameen.

Bila lagi nak gembirakan mak dan abah kan? Waktu muda-muda dulu nakal dan jahatnya bukan main. Dah besar macam ni pun, tak mampu nak gembirakan mak dan abah. Walaupun aku ni banyak kekurangannya, tapi, mak dan abah tak kisah, selalu aje ada disisi aku. Moga mak dan abah dikurniakan 3 permata soleh solehah. Ameen.


p/s: Sayang mak dan abah.. Rindu abang dan adik. Keluargaku permata hatiku. Terima kasih Tuhan, atas segala nikmat dan kurniaanMu.

0 comments:

Post a Comment