Nukilan Hati..

Seorang wanita, anak, isteri dan ibu..

PANDUAN QAWAID SPM

Aku senang dengan teman-teman serumah untuk semester ini. Riang. Tenang. Senang. Seorang daripada rakan serumah aku daripada Fakulti Bahasa Utama, Kak Hajar. Daripadanya aku berpeluang meminjam dan kenal beberapa buku tentang Nahu dan Sarf. Ternyata ia memiliki sebuah buku yang aku cari-cari. Ia tidak keberatan memberi keizinan untukku menggunakan buku tersebut.

Sehingga sekarang, aku masih belum berkesempatan ke kedai buku. Bila ada kesempatan, terlupa. Atau mungkin, buku yang aku cari itu tiada. Buku tu dah lama. Buku zaman muda-muda dahulu. ‘PANDUAN QAWAID SPM’. Buku itu ada 2 jilid. Jilid pertama ada padaku, jilid kedua baru aku temui, milik Kak Hajar. Mungkin ada yang nak tergelak mengetahui pelajar ipta menggunakan buku rujukan budak-budak sekolah menengah. Abaikan mereka, yang penting aku sukakan kaedah penerangan dalam buku tersebut.

Padaku antara faktor aku senang menggunakan buku PANDUAN QAWAID SPM 2 Jilid itu kerana;

1. Ada terjemahan tentang takrif dan cara penggunaan sesuatu kaedah dalam bahasa melayu. Kalau tiada kesempatan mendapatkan tenaga pengajar, kita boleh cuba fahamkan sendiri terlebih dahulu.
2. Menyediakan tajuk-tajuk asas dalam Nahu.
3. Mudah memahami contoh-contoh dan I’rab yang yang diberikan.
4. Ada menyediakan soalan latihan lengkap dengan jawapan sebagai rujukan.

Kiranya, buku ni sesuai untuk mereka yang masih berada diperingkat bawah cam aku ni. Huhu. Tu lah, muda-muda dulu tak nak belajar. Rasakan sekarang! Apapun, untuk faham apa yang ada dalam buku tu, kena baca berulang-ulang kali. Tanda-tanda masih belum faham, aku masih banyak melakukan kesalahan dalam menjawab soalan-soalan yang diberikan dalam buku tersebut. Sabar je la. Moga aku terus istiqamah. Pensyarah aku juga sentiasa mengingatkan aku tentang kata istiqamah itu. Barakallahufih..

Apapun, kini aku telah mempunyai buku rujukan tentang kaedah nahu, i’rab dan tasrif af’al sendiri. Baru aje dibeli minggu lepas. Ada jua rakan yang bertanyakan harga buku-buku tersebut. Katanya, harga tersebut tidak padan dengan saiz buku tersebut. Bagiku, tak salah sekali-sekala beli buku macam tu. Kalau tak beli, bimbang akan menyesal kemudian hari. Lagipun, buku tu boleh digunakan sampai bila-bila, dan kaedah di dalamnya tidak akan berubah.

0 comments:

Post a Comment