Semester ini juga, aku dan rakan-rakan merancang untuk belajar beberapa kitab lama dengan seorang pensyarah. Semoga kami istiqamah dalam setiap amalan. Dipermudahkan jalan dalam menuntut ilmu. Dibersihkan hati untuk menerima ilmu. Ameen.
Pensyarah aku itu juga turut memberikan kata-kata yang sedikit sebanyak menyedarkan, katanya: “Kita kalau nak beramal ni kena paksa.” Kalam yang pendek, namun banyak memberi faedah yang berpanjangan.
Teringat juga cerita seorang rakan yang baru kehilangan ayahnya sejak 2 bulan lalu. Kali pertama aku mendengar kisah kematian seorang yang sempat aku kenali, dan mungkin menjadi antara yang mendapat Husnul Khatimah. Ameen.
Kisahnya agak menyentuh lubuk hati setiap kali mendengarkannya. Saat kematian yang mudah, pengurusan jenazah yang mudah, adanya bau-bauan wangi yang tidak dapat digambarkan. Jenazah yang wajahnya berpeluh. Aku pernah terbaca hal tentangnya. Ia antara petunjuk seseorang itu mendapat nikmat dari tuhannya. Alangkah beruntungnya jika ia begitu. Allahu a’lam.
Rakanku turut bercerita tentang mimpi adiknya yang masih berada di peringkat sekolah rendah. Ceritanya, adiknya itu bertemu arwah ayahnya di suatu tempat yang luas. Disamping ayahnya, ada 5 orang. Dalam mimpi tersebut, adik rakanku bertanya kepada ayahnya siapakah gerangan 5 orang yang kelihatan gagah itu? Ayahnya dalam mimpi tersebut berkata yang maksudnya lebih kurang, “Inilah kawan-kawan abah sekarang, Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan Hamzah.” Turut melihat satu gerangan, namun tidak dapat dilihat rupanya kerana cahaya yang keluar darinya terlalu menyinar dan terang, adik rakanku dalam mimpi itu bertanya lagi. Siapa tu abah? Arwah ayahnya dalam mimpi itu menjawab, “Itulah Rasulullah SAW.” Seterusnya arwah ayahnya menasihati adik rakanku itu untuk sentiasa melakukan kebaikan untuk mendapat tempat seperti itu.
Sejauh mana kebenarannya disisi Allah. Wa Allahu a’lam. Andai ia benar, semoga kita juga beroleh nikmat seperti itu, atau mungkin berusaha untuk mendapatkan yang lebih baik. Beruntunglah bagi mereka yang berpeluang bertemu Rasulullah SAW dan para sahabat RA. Persoalannya disini bukanlah untuk mengagungkan cerita-cerita dan mimpi tersebut. Namun, daripadanya boleh diambil dan dijadikan iktibar bagi mereka yang berfikir.
“Setiap sesuatu jika kita terpisah daripadanya, ada yang akan menggantikannya. Namun jika kita terpisah dengan Allah tiada sesuatu pun yang boleh menggantikanNya..”
"Dan cukuplah kematian, Jadi satu pengajaran.."
Blog Pilihan
Blog Pilihan_2
Blog Rakan
Arabic Website
Resepi Pilihan
Bloggers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment