Petang Jumaat lepas, aku sempat berbual dan berkongsi cerita dengan pak cik Azizul. Salah seorang pemandu bas USIM. Umurnya tidaklah tua, dalam 30-an. Namun, sudah menjadi kebiasaan pelajar-pelajar memanggil pemandu-pemandu bas yang ada dengan gelaran ‘pak cik’.
Aku memang sudah lama mengagumi pak cik Azizul sebagai pemandu bas. Walaupun kerja sebagai pemandu bas ini agak memenatkan, namun aku percaya pak cik Azizul tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu. Perilaku dan peribadinya membuatkan aku berfikir begitu. Tenang sekali apabila menaiki bas yang dibawanya. Telinga kami dihidangkan dengan alunan nasyid, zikir atau bacaan al-quran daripada saluran radio IKIM.fm setiap kali menaiki basnya. Kata-katanya juga lembut dan berhemah. Sebelumnya, aku fikirkan pak cik Azizul seorang pendiam. Aku hanya memberi salam dan segan-segan apabila menaiki basnya.
Aku mula berbual dengannya sambil menunggu bas dipenuhi pelajar untuk ke perpustakaan, pulang ke kolej kediaman, dan sebagainya. Pak cik Azizul berkata ia tidaklah pendiam seperti yang aku fikirkan. Katanya juga, kita tidak boleh menilai seseorang daripada luarannya sahaja. Berkaitan perjalanan dan kisah hidupnya, cerita semasa belajar dan bekerja, dan sebagainya. Antara yang diceritakan juga, tentang hakikat kerja seorang pemandu di USIM.
Melalui ceritanya, aku sedar tentang beberapa perkara. Antaranya, pelajar-pelajar tidak sepatutnya menyalahkan pak cik pak cik bas sahaja jika lewat menjemput dan menghantar mereka ke kampus. Hal ini kerana, masalah lewat masuk kelas itu terkadang berpunca daripada kesalahan pelajar itu sendiri. Kadang-kala, tiada bas untuk ke perpustakaan sahaja macam-macam kata yang dilemparkan menyalahkan pak cik bas. Ibarat diri sendiri sahaja yang betul. Aku salah seorang daripadanya. Sebagai pelajar USIM khasnya, juga sebagai pelajar di Malaysia umumnya sepatutnya berasa untung dan bersyukur kerana tidak perlu berjalan kaki setiap hari ke kampus, pelbagai kemudahan disediakan. Aku amat bersetuju bagi mereka yang mengatakan, pelajar zaman sekarang ini manja. Malah, amat manja.
Apapun, moga aku berhenti daripada menyalahkan orang lain dalam apa jua hal yang berlaku. Setiap manusia tidak lepas daripada melakukan kesilapan.
"Dan cukuplah kematian, Jadi satu pengajaran.."
Blog Pilihan
Blog Pilihan_2
Blog Rakan
Arabic Website
Resepi Pilihan
Bloggers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment