
Khamis (04/06/09) - Merawat hati
Menurut pandangan Aa, manusia itu ada 4 karakter:
1. Lemah + Tidak Baik: Antara sifat-sifat golongan ini, malas, mudah putus asa, mudah kecewa, licik, sombong, serakah dan sebagainya. Tetapi, golongan jenis ini tidak berbahaya untuk umat.
2. Kuat + Tidak Baik: Golongan ini berbahaya dan bisa merosak umat. Licik, sombong, serakah, berani, teguh.
Manakala, Muslim itu berada di dalam kelompok Lemah + Baik dan Kuat + Baik:
3. Lemah + Baik: Jujur, adil, rendah hati, amanah, tetapi malas, tidak bersungguh. Akibatnya, ia hanya untung untuk diri sendiri sahaja.
4. Kuat + Baik: Tulus, Jujur, adil, rendah hati, amanah, ditambah dengan disiplin yang baik, berani, teguh, pantang menyerah, tidak mahu menjadi beban, dan bermanfaat untuk orang lain. Golongan ini ialah golongan yang Berjaya menguruskan hatinya.
Management Qalbu (MQ)
Menurut Aa juga, kalau nak merubah orang, pertamanya harus dibantu untuk bisa mengendalikan hatinya. Hal ini kerana, semua sikap yang dipamerkan semuanya bergantung suasana hati. Sebagai contoh, jika hati marah wajah membara, kata-kata bisa melukai. Begitu pula jika jatuh cinta, wajah berseri-seri.
Kita sering merawat tanah, rambut, wajah, taman dan sebagainya. Tetapi, jarang ada orang merawat hati. Inilah masalah terbesar dalam kehidupan. Ada orang punya rumah dan segalanya, tapi tidak bahagia. Kenapa? Kerana hati tidak dirawat. Rambut sahaja jika tidak dirawat, kotor, kutu dan sebagainya. Begitu juga hati.
Hati ini ada 3 jenis: Hati sihat, hati berpenyakit, dan hati mati. Hati yang sihat bertindak dengan suara hati, ingat Allah, tidak menzalimi dan sebagainya. Hati yang berpenyakit pula, mengandungi beberapa sifat, antaranya: takabur, egois, riya’, galak, emosional, licik, tidak jujur dan sebagainya. Sebagai contoh, seorang yang suka marah-marah tu berpenyakit, tidak boleh mengendalikan diri. Hati yang mati pula, penentuan baik buruk suatu perkara hanya berlandaskan nafsu, bukan berlandaskan hati lagi, kerana hatinya sudah mati.
Jujurlah pada diri kita, adakah pada diri kita ada sifat-sifat itu? Dengan itu kita akan mengenali siapa diri kita. Rahsianya, tidak boleh mengembalikan sifat-sifat itu kepada orang lain, contoh: “oh, sifat-sifat ini (sombong, riya’ dsbg) seperti fulan..” Kalau kita melihat diri orang lain sebelum diri sendiri, tiada apa yang akan berubah. Yang berbahaya dalam kehidupan kita ini bukan orang lain, tetapi diri kita sendiri.
Ada persoalan yang dilontarkan, terdapat golongan yang hanya bersemangat dan bermotivasi selepas mengikuti sesi ceramah, motivasi dan sebagainya, tetapi perlahan-lahan semangat dan motivasi itu pudar hari ke hari. Melalui persoalan ini, Aa menyimpulkan ada 3 faktor seseorang itu bersemangat: Niat nak mendalami ilmu, faktor persekitaran, dan ada cita-cita nak berubah.
Jelas Aa juga, untuk membuat kita bersemangat ialah dengan selalu mencari ilmu. Seperti handphone, jika terus digunakan tanpa dicas, baterinya akan habis. Begitu juga dengan diri kita, cas kita adalah ilmu, ibadah, ilmu yang diamalkan, persekitaran, doa. Jangan takut, turun naik itu perkara biasa. Yang bahaya ialah apabila tidak dicas. Ibadah tanpa ilmu tiada berguna, masak tanpa ilmu tidak enak..
Kata Aa, untuk merubah ummah, sebelum itu kita sendiri yang harus berubah bukan orang lain. Kegagalan melakukan perubahan kerana apa yang kita perkatakan, tidak seperti apa yang kita lakukan, sikap kita tidak berubah. Kuncinya 3M: Mulailah dari diri sendiri, Mulailah dari hal yang kecil, Mulailah dari saat ini. Bagaimanapun juga, kita tidak bisa mengubah orang lain tanpa diawali dengan mengubah diri sendiri. Jangan menyuruh orang lain, sebelum menyuruh diri sendiri. Dan jangan melarang orang, sebelum melarang diri. Jikalau kita awali dari diri sendiri, setiap perkataan Insya Allah akan menjadi kekuatan yang menggugah dan mengubah.
Untuk membangun bangsa dan ummah dengan membangun peribadi, dan peribadi itu diawali dengan hati, dan untuk itu diawali dengan mencari ilmu, sekuat tenaga mengamalkannya dan berusaha sekuat tenaga pula untuk tidak mengharapkan pujian, tetapi untuk amal soleh kita.
Seseorang itu akan berdisiplin jika ada 2 perkara: Visi dan Konsisten (Istiqamah).
Visi:
“Saya hidup di dunia hanya sekali..”, “Saya harus menjadi hamba Allah, menjadikan semua amalan saya sebagai ibadah..”..etc
“Saya harus menjadi khalifah Allah, saya harus melakukan yang terbaik dalam hidup, dan bisa memberi manfaat kepada orang lain..”
“Saya hidup di dunia untuk dakwah dan membuat kebaikan..”
Apa-apa yang berlaku bukan penghalang, tetapi cabaran. Hidup ini tidak menarik kalau tiada cabaran. Maka semua itu bukan masalah
Masalah itu kalau kita tidak punya visi dan konsisten. So, do it now!
Dengan kita melihat unsur kalbu ini Aa ditanya, bagaimana langkah awal yang perlu di atur, supaya bisa berubah? Aa kemudiannya memberikan rumus ‘ILAMIK’: Ilmu, Amal, dan Ikhlas.
Pertama: Ilmu. Minimumnya dengan menghadiri majlis-majlis ilmu, membaca buku, etc.. Cari tahu apa itu hati? Apa amalan hati? Ilmu tidak bermakna tidak diamali. Kedua, dapat ilmu, riadhah dengan mengamalkannya. Contoh, dapat ilmu senyum, berlatih dan cuba untuk senyum. Dapat ilmu, jangan mengabaikan kebaikan walau hanya mengutip sampah, kutip sampah ambil sampah.. Latihan terus, kerana kuncinya, ilmu itu akan bermakna kalau diamalkan. Ilmu itu penuntun amal. Ilmu itu akan menjadi ilmu yang hebat jika diamalkan, sebaliknya ilmu akan menjadi fitnah jika tidak diamalkan. Apa ertinya tau solat andai tidak solat? Maka, kita tidak usah tergesa-gesa mencari banyak ilmu, tetapi amalkan dahulu ilmu yang kita ada, itu kuncinya. Ketiga, sekuat tenaga kalau beramal jangan mengharapkan apa-apa kecuali untuk Allah. Lupakan pujian, penghargaan, imbalan. Pokoknya, tidak ingat apa-apa kecuali jika beramal moga diterima Allah. Kalau focus dalam bagaimana cara untuk amal diterima Allah, insyaAllah hati semakin bersih. Itu antara dasar minimumnya.
"Dan cukuplah kematian, Jadi satu pengajaran.."
Blog Pilihan
Blog Pilihan_2
Blog Rakan
Arabic Website
Resepi Pilihan
Bloggers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment