
Khamis, jam 6.30 petang. Saluran 106, Astro Oasis. Ada rancangan daripada Aa Gym, antara mereka yang aku kagumi. Rancangan bertajuk “BICARAWARA: Pembangunan Modal Insan, Rawatlah Hatinya Bangunlah Insan.”
Aku pernah menulis disini tentang Aa Gym. Aa Gym/Aa ialah panggilan mesra kepada KH. Abdullah Gymnastiar, Pengasas Pesantren Daarut Tauhid, Bandung, Indonesia.
Antara yang dapat dikongsikan melalui bicara Aa Gym: Kemahiran Mengendalikan Diri
(Khamis - 28/05/09)
1. Muslim yang baik itu ialah seorang yang professional. Professional disini merangkumi 3 ciri: Pertama, faham diri sendiri. Kedua, cermat dalam tindakan dan ketiga, pandai control diri sendiri.
Untuk mengawal dan mengendalikan diri daripada perkara maksiat contohnya, daripada berbuat, memandang, mendengar dan mengatakan perkara yang tidak baik, seorang Muslim seharusnya menyatakan pada dirinya, “Saya harus control diri saya!”.
2. Mengatasi banyak bicara, antaranya pastikan bicara kita merangkumi perkara-perkara tersebut: Benar, ada manfaat, tidak menyakitkan, lembut, berbicaralah secukupnya. (Ada lagi, tapi tak ingat)
3. Ada masalah, ingin melawan hawa nafsu dan sebagainya. Serahkan segalanya pada Allah. Bak kata Aa, “Bungkus (masalah, permintaan dan sebagainya), dan bagi pada Allah.” Pada Allah sahaja jalan penyelesaiannya. Doa.
Ramai yang bertanggapan bahawa untuk mencegah diri daripada perkara maksiat, hanya melalui Zikir semata-mata. Itu kurang tepat. Sebaliknya, disamping berzikir mengingati Allah di dalam hati, kita perlu menggunakan akal untuk berfikir cara mengelakkan daripada perkara maksiat itu seterusnya menggunakan tubuh badan untuk ikhtiar daripada melakukan perkara-perkara maksiat tersebut.
4. Menahan marah. Ketika marah, cuba berlagak selamba seperti biasa. Tidak mengubah raut muka, tenangkan diri. Namun, bukan semua rasa marah itu tidak boleh, Yang menciptakan rasa marah, cemburu, rindu dan sebagainya ini ialah Allah, dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. Cuma perlu betul pada tempatnya. Nabi juga marah, tapi betul pada tempatnya. Marah baginda membuatkan manusia bertaubat. Itu bagus.
Ketika dimarahi orang lain pula (Jika marahnya tanpa sebab yang membolehkan ia marah). Tenang sahaja. Untuk menyedapkan hati, fikir dalam hati, “Kesian orang ini, ia tidak dapat mengawal rasa marahnya..”, “Kesian orang ini, mungkin ia mendapat dosa daripada rasa marahnya itu..” Seterusnya mendoakan kebaikan dan keampunan untuk orang yang marah tersebut.
Antara yang dapat dikongsikan melalui bicara Aa Gym: Kunci Hidup Tenang, Bersihkan Hati Selalu
(Sabtu – 30/05/09)
“Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” – (Ar-Ra’d: 28)
- Mulai dengan taubat: Menyesal dengan dosa yang telah dilakukan, mohon keampunan Allah, menjauhi daripada melakukan dosa yang sama (+melakukan amalan-amalan baik)
- Selalu bertaubat, beristighfar
- Sampai bosan bertaubat, Allah takkan bosan mengampuni hamba-Nya
- Kalau melakukan sesuatu dengan ikhlas, semuanya akan terasa nikmat
- Jangan menghina orang yang berbuat jahat, tetapi bantu mereka (nasihat, berbincang, doa..etc)
- Selalu kembalikan sesuatu perkara kepada Allah. Jauhkan hati daripada sombong, riya’, memandang rendah pada orang lain..etc. Siapa tahu orang yang kita pandang rendah itu mulia di sisi Allah. Jika disukai dan dipuji-puji orang, kembalikan juga kepada Allah, “Aku dipuji dan dimuliakan orang-orang ini kerana Allah telah menutup keaibanku..” Begitu juga jika ada yang memuji kita cerdik pandai, ingat “Bukankah Allah yang menganugerahi saya dengan semua itu?”
“Wahai Yang Maha Tahu segalanya,
Ampuni segala maksiat yang kami perbuat selama ini
Ampuni jikalau mata kami bergelumang dosa
Ampuni jikalau telinga kami senang mendengarkan maksiat
Ampuni jikalau lisan kami pernah berbuat berdusta, atau menyebar fitnah dan ghibah
Ampuni jikalau fikiran kami sering melupakanMu
Ampuni jikalau hati kami sering berharap kepada selain daripadaMu
Ampuni jikalau hati kami sering riya, takabur, mahupun dengki terhadap hamba-hambaMu
Ampuni jikalau tubuh kami berlumur maksiat dan bergelumang dosa
Ampuni jikalau kami lalai dalam membahagiakan kedua-dua ibu bapa kami
Juga ampuni jikalau kami tidak peduli kepada saudara-saudara kami yang dhu’afa.”
"Dan cukuplah kematian, Jadi satu pengajaran.."
Blog Pilihan
Blog Pilihan_2
Blog Rakan
Arabic Website
Resepi Pilihan
Bloggers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment