Nukilan Hati..

Seorang wanita, anak, isteri dan ibu..

BELAJAR MENGAJI


Cuti-cuti ini juga aku berkesempatan memerhati emak mengajar budak-budak mengaji. Teringat juga time aku mula-mula belajar mengaji dengan mak dulu. Selalu kena marah time mengaji. Pernah jugak menangis, kena cucuk dengan batang lidi. Kalau mak tanya bab-bab tajwid selalu aje fail menjawabnya. Kami adik beradik di panggil untuk mengaji selepas Solat Maghrib. Time tu banyak dugaannya, siaran TV best-best. Pokemon, Doraemon dan sebagainya. Aku dan abang selalu juga bermasam muka kerana tak nak mengaji giliran pertama. Nak tengok TV. Tapi kena mengaji juga, kalau tak kena marah. Waktu belajar mengaji tu juga, aku paling suka time menghidap batuk-batuk. Aku diberi keringanan untuk mengaji beberapa ayat sahaja. Tekak gatal sangat kononnya, tak boleh baca banyak-banyak.. huhu.

Alhamdulillah, sekarang kami adik-beradik boleh jugak la membaca ayat-ayat al-Quran sikit-sikit. Agaknya, kalau tak kena marah, tak kena pukul dan tak kena paksa dengan mak, sampai hari ni la tak pandai mengaji. Terima kasih Mak dan Abah.

0 comments:

Post a Comment