Cuti yang ada tidak akan bermakna andai tiada pengisian. Cuti-cuti macam ni boleh jugalah serba sedikit membantu emak. Moga-moga kehadiran aku meringankan bebannya. InsyaAllah.
Namun, aku turut punya perancangan lain. Setakat ini ada 3 kitab yang aku ingin habiskan, andai terdaya aku
Ulum al-Hadith – Aku perlu mengkhatamkan kitab karangan Abu al-Laits yang aku gunakan semester lepas. Sebelum ini kitab tersebut hanya aku gunakan untuk memenuhi kehendak Muqarrar exam. Sesuai dengan perancangan aku untuk menyambung dalam bidang Hadith, terlebih dahulu aku perlu kuasai perkara asas dalam bidang tersebut. Teringat juga kata-kata ustaz-ustaz semasa program di Dusun Eco Resort tempoh hari, gunakanlah masa belajar di USIM ni untuk menuntut ilmu dengan para pensyarah, bukan setakat ketika berada dalam kelas sahaja.
Fi at -Tariq ila Allah (al-Hayah ar-Rabbaniyyah wa al-‘ilm) – Kitab karangan Dr. Yusuf al-Qardhawi yang telah aku fotostat daripada Ustaz Adzam, pensyarah subjek Qiraat dan Hafazan. Boleh dikatakan, aku pernah menghabiskan membaca kitab ini cuti semester lepas. Tetapi tidak sepenuhnya. Bagus kitab ni. Menarik. Banyak perkara yang kita boleh dapat kalau membacanya dengan penghayatan. Terima kasih untuk Ustaz Nur Adzam bin Rasdi yang memperkenalkan aku dengan kitab yang istimewa itu.
Al-Bid’ah fi al-Mafhum al-Islami ad-Daqiiq – Kitab karangan Dr. Abdul Malik Abdul Rahman as-Sa’idi. Pembacaan sekadar menambah pengetahuan. Moga tidak termasuk dalam golongan yang mudah mengatakan bid’ah terhadap sesuatu perkara. Selain membiasakan diri membaca tulisan-tulisan dalam bahasa Arab.
Aku juga punya rancangan untuk menghadapi semester akan datang. Aku ingin ‘mengaji’ kitab dengan ustaz-ustaz. Harapannya, sudah tentu semoga niat aku itu dipermudahkan dengan perlaksanaannya. Namun, rasa bimbang tetap ada. Bimbang andai faktor masa membataskan, aku punya urusan sendiri, para pensyarah pasti sahaja lebih sibuk. Kawan-kawan? Siapa yang aku nak ajak ye? Kawan-kawan yang satu kepala ada, tetapi untuk mencari kawan yang satu kehendak agak sukar..
Mungkin juga ada. Tapi.. Aku agak lemah berhadapan dengan mereka-mereka yang cerewet. Aku suka mendengar kata-kata yang keluar daripada guru-guruku, tetapi kadang-kadang ada yang mencelah saat guru itu berbicara. Mengganggu. Jika dalam kelas, sibuk menceritakan pengalaman tentang tajuk yang dibincangkan pensyarah di depan. Betul-betul mengganggu. Kadang-kadang buat tak layan aje. Malas nak dengar.
Andai aku terlambat. Aku tidak suka ditunggu. Kenapa? Aku tahu bagaimana perasaan orang yang menunggu. Maaf kepada sesiapa yang pernah menunggu aku. Lagipun, tidak semua tempat yang aku pergi memerlukan peneman. Aku boleh bergerak dan berjalan sendiri. Jadi, tak perlulah nak menunggu jika aku terlambat. Lebih baik anda mengejar masa sendiri.
Aku juga tidak suka menunggu, jika alasan lambat orang yang aku tunggu disebabkan faktor nak melawa dan yang remeh-temeh. Kita ada rancangan lain, dia lambat pulak. Kalau sakit perut tu boleh je nak tunggu, melainkan diizinkan untuk tidak menunggu. Kalau tiada kekalutan, sedaya upaya aku boleh menunggu. Menunggu pensyarah? Adatlah menjadi pelajar. Aku tidak kisah, asalkan aku dapat bertemu dengan pensyarah-pensyarah aku. Moga setiap detik aku menunggu itu ada ganjarannya.
Moralnya?
Kesalahan orang memang cepat aje nampak. Kesalahan sendiri? Astaghfirullah, innallaha kana tawwaba..
Faham diri orang lain dulu, sebelum meminta orang lain untuk faham diri kita..
Jangan cakap aje.. hangat-hangat tahi ayam..
“Ya Allah peliharalah hati-hati kami. Wahai Tuhan kami, jauhkan kami daripada akhlak yang buruk, amal yang tidak baik, hawa nafsu yang jahat, dan penyakit yang memudharatkan..”

0 comments:
Post a Comment