Jumaat (08/05/09) – Aku dan rakan-rakan tiba di Dusun Eco Resort lebih kurang jam 5.30 petang. Lokasinya di kawasan bukit. Dengan beg-beg berat yang aku bawa, perjalanan agak memenatkan untuk sampai ke tempat kami menginap. Selepas menyiapkan diri, aku dan kawan-kawan turun ke Surau untuk Solat Jamak Maghrib dan Isya’ secara berjamaah.
Keadaan hujan tika itu. Aku sedikit resah, abangku yang dijadualkan tiba lebih kurang jam 7 petang masih tidak kelihatan. Line telefon bimbit pula bermasalah. Nak SMS tak dapat. Nak membuat panggilan apatah lagi.
Selepas solat jamak berjamaah, Ustaz Sanusi selaku Pengarah Program meminta kami berkumpul di surau untuk taklimat program. Selesai taklimat, kami dikehendaki turun untuk makan malam di kantin. Sewaktu menuruni bukit untuk ke kantin, aku terserempak dengan abangku. Alhamdulillah, abangku selamat tiba walaupun menempuh keadaan hujan dan menaiki jalan bukit yang agak curam untuk sampai ke tempat program berlangsung. Aku mengirim barang-barang yang hendak dibawa pulang ke rumah kepadanya, selain mengambil kasut sukan miliknya yang bakal aku gunakan ketika program berlangsung.
Hari masih hujan, aku turun ke kantin dengan kereta abangku. Sempat aku cium tangannya sebelum turun dari kereta. Aku sedar ada beberapa mata memerhati, tapi buat-buat tak tahu aje.
Selesai makan malam, kami ke dewan. Sesi program bermula dengan memperkenalkan tenaga pengajar yang mengawal kami sepanjang program berlangsung. Ustaz Sanusi bin Azmi sebagai Pengarah Program, Ustaz Zulhelmi bin Mohamed Noor, Timbalan Pengarah Program, Ustaz Anuar bin Hasin, Ketua Fasilitator. Fasilitator lain yang turut membantu, Ustaz Syamsul Hakim, Ustaz Kamil, Ustazah Kauthar dan Ustazah Noornajihan. Ustazah Azma dan Ustaz Tarmizi dijadualkan untuk tiba keesokan harinya.
Ice breaking.
Setiap peserta diamanahkan untuk menjaga sebatang mancis setiap seorang. Sekeping biskut diamanahkan untuk setiap kumpulan.
Sabtu (09/05/09) – Jam 4 pagi, aku dan beberapa rakan bangun daripada tidur. Kami dikehendaki berada di Surau jam 5 pagi untuk Qiamullail dan Solat Subuh berjamaah. Selesai solat subuh, dan sedikit taklimat, kami dikehendaki berkumpul lengkap dengan pakaian sukan untuk program seterusnya.
Explorace. Pada permulaannya agak malu nak buat kerja berlari-lari ni, tapi tidak dapat tidak kena lari-lari jugak, nanti dikatakan tiada kerjasama antara ahli kumpulan pula. Tapi aku terpaksa menolak untuk naik ke jambatan gantung. Tinggi. Gayat.
Tamat modul explorace. Sarapan. Berkumpul di dewan untuk modul seterusnya bersama tetamu jemputan daripada ASA Explore Training & Consultancy.
Petang. Peserta lelaki, flying fox. Peserta perempuan, obstacles. Pada mulanya, agak takut. Ramai yang mengwar-warkan ada pacat hutan yang besar sewaktu modul petang itu berlangsung. Aku bertekad untuk meminta pengecualian daripada mengikuti program itu andai ada pacat-pacat seperti yang diceritakan. Alhamdullillah, aku tidak bertemu sebarang makhluk yang bernama pacat sewaktu modul petang itu dijalankan.
Malam. Berkumpul di dewan. Bro Sham daripada ASA Explore Training & Consultancy berkata, andai beliau berkata “Bom Meletup!”, kami dikehendaki keluar dari dewan secepat mungkin untuk mencari tempat persembunyian. Sesi diteruskan dengan tayangan video. Sedang khusyuk menonton, tiba-tiba… “Bom Meletup!”. Bertempiaran para peserta berlari, kerusi bertaburan, ada yang lari berkaki ayam dan sebagainya. Aku? Entahlah, rasa gabra, suspen dan terkejut tu ada, tapi masih sempat mencari-cari sandal milikku sebelum berlari jauh dari dewan. Dua kali “Bom Meletup”, dua kali jugalah aku sempat mencari dan memakai sandal sebelum berlari.
Malam itu juga. Sesi Muhasabah. Sesi kena marah dengan Ustaz Anuar dan Ustaz Syamsul. Yang menjadi penyebabnya, mereka yang tidak menjaga barang amanah dengan baik. Kebanyakannya hilang barang amanah ketika “Bom Meletup”. Agak takut juga sewaktu Ustaz Anuar menggertak sebuah kumpulan yang tidak menjaga biskut yang diamanahkan dengan baik. Lemau. Alhamdulillah, kumpulan lain ok. Tidur jam 2.30 pagi.
Ahad (10/05/09) – Hari terakhir Program Kepimpinan Fakulti Quran dan Sunnah. Set alarm pukul 4 pagi. Tapi tak nak bangun. Mengantuk. Rakan aku mengejutkan aku jam 4.30. Dalam hati berfikir, malasnya nak bangun, tak payah la nak Qiyam pagi ini. Solat Subuh dalam bilik aje nanti.. Tiba-tiba teringat pesan ustaz-ustaz, untuk menjadi pemimpin kita kena dengar arahan. Disiplin. Gagahkan diri. Ikhlas. Buka mata luas-luas. Bangun. Bersiap.
Selepas Subuh, berkumpul lagi. Explorace 2. Aisey, hari ni kena berlari lagi. Malu. Kami dikehendaki mencari ‘harta karun’. 2 benda berwarna coklat (2 biji telur ayam), 1 ayam (Tin Sardin ada gambar ayam), 1 benda berwarna putih (mangkuk putih). Selepas menjumpai barang-barang tersebut, kami dikehendaki mencampurkan bahan-bahan tersebut dan makan bersama roti.
Selepas sarapan dan menyiapkan diri, berkumpul semula di dewan.
Aktiviti seterusnya, kami diminta membuat kertas kerja secara berkumpulan, dan diberi masa 40 minit untuk menyiapkannya. Tamat 40 minit, setiap kumpulan membentangkan kertas kerja masing-masing.
Tiba giliran kumpulan ASIS 8 (singkatan daripada Angkatan Siswa Siswi 8), kumpulan yang aku menjadi ahlinya. Idea kertas kerja kami tidak dipersetujui oleh Ustaz Syamsul. Terpana juga seketika. Nak-nak pula, Ustaz mula menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap idea kertas kerja kami disaat giliran aku membentang. Rendah diri sungguh waktu itu.
Selepas kembali ke tempat aku duduk, fikiranku asyik memikirkan komen-komen daripada Ustaz Syamsul. Lemahnya aku berbanding rakan-rakan yang lain. Aku masih berfikir. Apa kebolehan yang ada pada diriku? Aku tak tahu. Seakan tiada. Namun, kekurangan diri banyak sekali. Ingin menangis, tapi sedaya mungkin ditahan. Luahanku hanya disini. Melalui tulisan.
Abaikan episod itu. Saat makan tengahari sebelum pulang. Seorang rakan bercerita.
ISNIN (11/05/09) – Aku sudah berada di rumah, masih ada anggota tubuh yang sengal-sengal. Hampir jam 12 tengahari telefon bimbitku menyanyi. Panggilan daripada Ustaz Sanusi. Menurut beliau, masih ada kerja berkaitan surat-surat SWAT tempoh hari yang masih berbaki. Beliau bertanyakan aku samada masih ada rakan-rakan yang masih tinggal di kolej kediaman untuk membantunya. Aku katakan tiada, memandangkan rakan-rakan yang lain kebanyakannya sudah atau akan pulang ke kampung masing-masing.
Aku ingin sekali membantu beliau menyiapkan kerja-kerja yang masih berbaki itu. Tetapi faktor jarak dan tempat membataskan. Ustaz turut bertanyakan respon aku dan rakan-rakan terhadap program yang baru sahaja tamat hari sebelum itu. Dengan beliau aku akui kelemahan diri, namun beliau tetap memberikan kata perangsang dan semangat. Sedikit sebanyak menenangkan hatiku. Terima kasih Ustaz!!
Apapun, bagiku program tersebut memberiku pengalaman dan kenangan yang sukar dilupakan. Dinginnya air bukit menyegarkan tubuh yang lesu. Aku tidak kisah rasa mengantuk dan kepahitan yang dihadapi tika program berlangsung. Pengalaman pahit bertukar menjadi manis. Amat manis. Moga ada perkara yang bermanfaat yang aku dapat semasa mengikuti program tersebut.
Lagu tema program:
GEMURUH - Faizal Tahir
Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti
SAHABAT - AMAR
Ingin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Ingin ku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi
Ingatlah aku sebagai rakanmu
Kenanglah aku dalam doamu
Begitu indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku
Apabila engkau terjaga
Satukanlah harapanku denganmu
Kerana ianya bakal berpadu
Mimpi dipenuh yang setia
Layarkanlah impian doamu
Sesungguhnya aku masih mengingatimu
Sebagai kawan, rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah
Ku doakan kepadamu
Agar bahagia
Di dunia dan akhirat..

0 comments:
Post a Comment