Malam ni, malam terakhir aku di kolej kediaman Accacia Avenue untuk semester ini. Petang tadi aku mengangkat barang-barang aku dari Blok A ke Blok B. lebih kurang 6 kali berulang-alik, dan turun naik tangga. Agak memenatkan, tapi apa boleh buat, barang-barang tu perlu dipindahkan ke bilik stor untuk tujuan keselamatan selama hampir 2 bulan cuti semester.
Petang esok pula, aku akan ke Bentong, Pahang untuk program fakulti. Kami dikehendaki untuk menunggu di kolej kediaman Nilam Court. Agak jauh. Hanya aku dan seorang rakan yang tinggal di Accacia kini. Pensyarah aku, Ustaz Sanusi mempelawa untuk menghantar kami ke Nilam Court esok. Kalau aku terima pelawaan ustaz, malu dan bimbang menyusahkan beliau. Kalau menolak, susah la sikit. Aku ada 2 beg besar dan 4 beg kecil yang perlu dibawa. Jumlah semuanya 6 buah beg. Rakan aku memberi pendapat untuk terima aje pelawaan Ustaz. Biarlah malu sekejap katanya. Hm, tak kira, malu jugak.. Maaflah susahkan Ustaz. Apapun, ucapan maaf hanya melalui tulisan, beliau tak tahu aku menulis di sini.
Apabila sampai ke Bentong pula, insyaAllah abangku akan ke sana juga selepas beliau habis kerja jam 5 petang. Abang aku dikehendaki untuk membawa pulang laptop aku ke rumah. Abah aku tak benarkan aku tinggalkan laptop itu semasa program berlangsung, bimbang hilang katanya. Apapun, melaluinya juga aku ambil kesempatan untuk membawa pulang barang-barang lain ke rumah. Pakaian dan beberapa buah buku. Kesannya, esok aku ada 6 buah beg yang perlu dibawa bersama.
Menurut Ustaz Sanusi juga, semasa program berlangsung ada 3 kali riadhah dan memerlukan kasut sukan. Bukan nak cakap apa lah, semenjak aku masuk USIM ni tak pernah ada kasut sukan. Fikirku, tiada waktu yang memerlukan aku menggunakan kasut sukan ni. Nak beli sekarang pun dah tak sempat, esok dah nak bertolak. Abangku cadangkan aku menggunakan kasut sukan miliknya sahaja, berkebetulan dia akan datang ke Bentong juga nanti. Aku dapat bayangkan saiz kasut abang yang besar tu. Tapi, kena pakai jugak la, itu aje yang sempat. Buat ‘dek’ je ok? Untuk 2 hari je..
0 comments:
Post a Comment