Biasanya, selepas tamat sahaja sesi pembelajaran dan peperiksaan rasa macam tak tahu nak buat apa-apa. Masa agak lapang. Berbeza dengan diri ini, rasa macam lebih sibuk selepas waktu-waktu tersebut. Nak menulis di sini pun tak berapa nak sempat.
Selepas tamat peperiksaan akhir, aku membantu pensyarah aku, Ustaz Sanusi membuat beberapa kerja. Selasa lepas, ada sedikit yang aku sempat buat. Aku perlu pulang jam 4 petang. Malam itu ada Makan Malam Perdana Siswa bagi kolej kediaman Accacia Avenue. Kami dikehendaki berkumpul pada jam 5 petang sebelum bertolak ke salah sebuah hotel di Kajang. Malam itu juga aku ter’bertuah’, ada lah dapat hadiah cabutan bertuah sikit-sikit. Aku kurang pasti program tamat jam berapa. Kerana, di akhir-akhir program agak bosan, mata pula dah mengantuk. Kami sampai ke Accacia jam 1 pagi.
Semalam, aku menyambung kerja yang diberi Ustaz Sanusi, berkebetulan menghantar surat penangguhan menduduki peperiksaan yang dikirim seorang teman. Seharian juga aku di kampus, dari jam 10.30 hingga 5.15 petang. Aku tak rasa letih membuat kerja-kerja tersebut, malah seronok. Edit2, dan print kan surat aje sebenarnya. Surat makluman penerimaan abstrak untuk pembentangan dalam Seminar Wahyu Asas Tamadun 2009.
Di kesempatan itu juga, aku sempat menyaksikan kesibukan dan kerja-kerja yang perlu dibuat oleh seorang yang bergelar pensyarah. Sibuk. Yang dapat aku bantu, hanya berkaitan surat itu aje lah. Dalam kesibukan itu pun, pensyarah aku masih membantu dan memantau kerja aku. Memang tak terbalas jasa guru-guru ni. “Ya Allah, Kau ampunkan dan permudahkanlah urusanku dan guru-guruku..”

0 comments:
Post a Comment