Nukilan Hati..

Seorang wanita, anak, isteri dan ibu..

TAJUK PROJEK ILMIAH


Beberapa hari lepas, aku dan 2 orang lagi teman telah bertemu dengan Ustaz Zohdi. Alhamdulillah, kami telah memiliki tajuk masing-masing untuk projek ilmiah pada masa akan datang. Jika berada di bawah seliaan Ustaz Zohdi, beliau akan memberi tajuk berkaitan bidang yang beliau pakar. Tentang jin. Huhu. Pada mulanya, aku tidak menyangka akan mengkaji tentang hal itu, rasa tak berminat pun ada. Selepas Ustaz memberi penerangan serba sedikit, aku mula berminat.

Ustaz ‘menembak’ aku sebagai orang yang agak penakut tentang hal ehwal jin ni. Katanya, sejak mula lagi aku menunjukkan reaksi macam orang takut apabila disebut tentang jin ni. Tanpa perlu aku berfikir panjang, cepat sahaja Ustaz menentukan tajuk yang perlu aku kaji. Memang sesuailah tajuk itu dengan diri aku ni agaknya. Tajuknya juga tidak lari daripada kajian al-quran dan hadith. Menurut kata Ustaz, untung budak Quran Sunnah ni, semua tajuk boleh buat. Kerana, semuanya ada dalam Quran dan Hadith.

Merancang awal tajuk untuk projek ilmiah ni memudahkan kita bagi membuat persediaan dan mencari bahan rujukan. Ustaz turut bercerita, ada antara pelajar dibawah seliaannya, untuk proposal sahaja memerlukan 1 semester untuk menyiapkannya. Moga perkara-perkara macam tu tidak berlaku pada kami nanti. Rabbi yassir wala tu’assir Ya Kariim..

Insya Allah, aku juga akan mengikuti sebuah program kepimpinan anjuran Fakulti Pengajian Quran Sunnah, 8-10hb Mei ini. Bertempat di Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang. Moga niatku untuk mengikuti program itu tidak berubah. Tiada apa yang aku harapkan, selain ingin menambah ilmu dan pengalaman. Moga aku tidak akan sia-siakan masa dan pengalaman di sana nanti.

Boleh dikatakan, jika ada program-program yang dianjurkan, pasti ada Sesi Qiyamulail dan Kuliah Subuh. Yang aku bimbang kini, sewaktu sesi Kuliah Subuh nanti. Kalau diingatkan waktu muda-muda dahulu, time Kuliah Subuh tu la kepala ni aktif ‘mengangguk’. Macam mana nak mengelak daripada terjadinya hal-hal macam tu? Moga tua-tua macam ni tak jadi macam tu dah..

Hm, alang-alang dah berada dalam negeri Pahang tu juga, memudahkan lagi ibu bapaku untuk menjemputku pulang. Jarak Bentong-Temerloh pun tak jauh mana, lebih kurang 50km aje.. Tak perlu lagi bersusah payah memandu ke Nilai, Negeri Sembilan untuk mengambilku.

Bila fikir-fikir tentang balik rumah ni juga, rasa tak sabar nak balik pun ada. Tapi, nak tak nak, kena sabar jugak la. Ada satu kertas exam lagi yang perlu aku hadapi hari isnin nanti, Fiqh Muamalat & Jinayat.. Selamat mengulangkaji la ye, ganbatte kudasai!!

* ganbatte kudasai = Good Luck

0 comments:

Post a Comment