Khamis lepas, kelas Bahasa Jepun ditangguhkan kepada minggu ini. Bersamaan dengan waktu study week. Bermakna, ada 2 sesi kuliah lagi yang kami perlu hadiri. Nak buat mid term exam dan kuiz pula tu. Ramai jugak la yang merungut dan mengeluh. Kononnya, menyalahkan pensyarah la.
“Study week pun nak buat kelas. Tak patut (2x). Kitorang nak study tau?! Dahla nak exam, mengganggu betul!!”.
Hehe. Rasa nak tergelak pulak. Dengan merungut dan mengeluh ni keadaan boleh berubah ke? Aku juga akui, agak kurang dalam mengulangkaji pelajaran ni.
Teringat pesan abang aku tentang pendapatnya tentang waktu membuat assignment. Kebanyakan pelajar akan merungut kerana diberikan assignment yang banyak dalam suatu semester. Kata abang, kita akan terasa assignment banyak kerana kita memikirkan nak menyiapkannya sekaligus. Cuba buat satu-satu dan tak fikir tentang jumlah assignment yang kita buat, tentunya kita mampu hadapi cabaran itu tanpa merungut dan mengeluh.
Para pensyarah juga selalu mengingatkan. Kita sebagai pelajar, perlu bersedia menghadapi semua cabaran itu. Nama pun pelajar. Dan, sudah menjadi tugas dan tanggungjawab seorang pelajar untuk melakukan semua itu. Buat apa nak merungut dan mengeluh? Letih tu memanglah, tapi pucuk pangkalnya kita tetap perlu lalui dan lakukannya. Kalau tak nak buat pun tak apa, tapi tak ada markah la kan? Heh. Kesimpulannya, tak payahlah nak merungut dan mengeluh sangat. Buang liur je.
Aku pun sebenarnya tak terlepas merungut dan mengeluh ni kadang-kadang. Iyalah, kadang-kadang rakan satu kumpulan merungut tentang assignment, kita pun join sekali la. Tanda sokongan terhadap rakan-rakan. Ish3. Apapun, aku tahu dan faham rungutan-rungutan rakan sekumpulan tu Sekadar nak meriangkan hati yang tension dengan tugas-tugas yang diberi. Selain menjadi selingan ketika menjalankan tugas-tugas tersebut. Merungut main-main. Ada ke?
Terima kasih kepada rakan-rakan sekumpulan. Riang sekali bersama kalian. Walaupun ada masanya berselisih pendapat. Teringat saat gelak dan menangis bersama, ada yang sambil menangis pun boleh tergelak (tawa dalam tangisan, menyiapkan assignment punya pasal). Kenangan yang tak boleh dilupakan.
P/s:
*Dalam menyiapkan tugas samada individual atau berkumpulan, sabar itu penting.
Daripada Abu Hurairah RA: “Seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: “Berilah wasiat kepada aku”. (Rasulullah) bersabda: “Jangan marah”. Maka diulangi oleh lelaki itu beberapa kali. (Rasulullah) bersabda: “Jangan marah”. (HR. Bukhari)
*Sekuat-kuat manusia ialah orang yang mampu melawan amarahnya.
*Lepaskan rasa tekanan anda dengan menangis.
*Allah tempatku bersujud, Allah tempatku mengadu.
Renungan:
Firman Allah: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".
(al-Baqarah: 286)

0 comments:
Post a Comment