1. Baca ayat 8 dan 9 & ayat 66 dan 67 daripada Surah Yasiin. Pagi (7 kali) dan petang (7 kali). Moga menjadi pelindung diri dan sebagainya. Berkat ayat al-Quran dan istiqamah.
إِنَّا جَعَلْنَا فِي أَعْنَاقِهِمْ أَغْلاَلاً فَهِيَ إِلَى الأَذْقَانِ فَهُمْ مُقْمَحُونَ {يس:8}
وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لاَ يُبْصِرُونَ {يس:9}
وَلَوْ نَشَاءُ لَطَمَسْنَا عَلَى أَعْيُنِهِمْ فَاسْتَبَقُوا الصِّرَاطَ فَأَنَّى يُبْصِرُونَ {يس:66}
وَلَوْ نَشَاءُ لَمَسَخْنَاهُمْ عَلَى مَكَانَتِهِمْ فَمَا اسْتَطَاعُوا مُضِيًّا وَلاَ يَرْجِعُونَ {يس:67}
2. Surah al-Munjiyat:
a. As-Sajdah*
b. Yasiin*
c. Ad-Dukhan
d. Al-Waqi’ah
e. Al-Mulk*
f. Al-Insan*
g. Al-Buruj
*Minimum baca 4 surah yang bertanda (*). Boleh dibaca pagi/petang/malam (lepas Isya’/sebelum tidur). Kalau mampu baca semua lagi bagus.
3. Daripada Abu Hurairah RA:
“Kekasihku telah mewasiatkan aku 3 perkara yang tidak akan aku tinggalkan sehingga aku mati: Puasa 3 hari pada setiap bulan, Solat Dhuha, dan tidur dalam witir (selepas solat witir)”.
4. Kalau pening kepala. Baca ayat 19 daripada Surah al-Waqiah (7 kali) sambil mengurut dahi dan belakang tengkuk (dari luar ke tengah, dan seolah-olah untuk membuang rasa pening dan lenguh-lenguh).
لاَ يُصَدَّعُونَ عَنْهَا وَلاَ يُنْزِفُونَ
5. Mengelakkan rasa cemburu. Baca ayat 47 daripada Surah al-Hijr.
وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِمْ مِنْ غِلٍّ إِخْوَانًا عَلَى سُرُرٍ مُتَقَابِلِينَ
*(No. 1 & 2 dan 4 & 5: Terima kasih kepada Ustaz Syed Salim Syed Shamsuddin)
*Kalau tersilap tolong betulkan.
*(No. 3: Terima kasih kepada Ustaz Sanusi Azmi)
0 comments:
Post a Comment