Nukilan Hati..

Seorang wanita, anak, isteri dan ibu..

DAKWAH DAN TARBIYAH


Bukan nak mengaibkan sesiapa atau mana-mana pihak. Tetapi ia melibatkan maruah orang yang belajar agama. Peristiwa berlaku pada waktu malam, si balak datang bertemu si awek, walau hanya di pintu grail. Si awek pula hanya berpakaian tidur dan hanya menutup kepala dengan secebis kain (tuala kecil mungkin). Di mana peristiwa ni berlaku? Kolej kediaman pelajar yang mengaji agama. Yang tahu had-had dan batasan agama.

Tapi, tak tahu la pula jika ‘bukan manusia’ yang buat perkara macam tu. Maklumlah, tengah-tengah malam ni, ‘bukan manusia’ ni aktif.

Apapun, seandainya mereka yang mengaji agama pun boleh buat perkara-perkara macam tu, bagaimana dengan mereka yang kurang pengetahuan dalam hal agama? Kita harapkan mereka yang mengaji agama untuk mentarbiah mereka yang kurang mengetahui hal-hal agama. Tetapi, kalau macam tu keadaannya, bagaimana kita nak menjalankan tugas kita sebagai pendakwah?

Pendakwah? Ramai yang menganggap kerja dakwah ni hanya perlu dijalankan oleh mereka yang belajar agama. Hakikatnya, setiap individu punya tanggungjawab dalam mentarbiah dan dakwah. Berdasarkan dalil daripada Rasulullah SAW, yang mafhumnya lebih kurang bermaksud: Sampaikanlah pesanku walau cuma satu ayat. Cuma, mungkin mereka yang mempunyai pengetahuan yang lebih dalam ilmu agama diberi pengkhususan dalam menyampaikan dakwah dan tarbiyah ni.

Aku akui, agak sukar menjalankan kerja-kerja dakwah ni menurut beberapa aspek. Tetapi, jika kita renungkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran hendaklah ia merubahnya (mencegah) dengan tangan (kekuasaan), jika tidak sanggup maka dengan lidahnya (nasihat), jika tidak sanggup juga maka dengan hatinya (merasa tidak senang dan tidak setuju), dan itu adalah selemah-lemah iman.” Dapat kita ketahui bahawa dakwah itu boleh dipraktikkan melalui pelbagai cara dan mengikut kemampuan seseorang.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mencuba untuk menjalankan dakwah dan tarbiah, walau hanya menggalakkan sesama Muslim untuk menyebarkan salam dan sebagainya.


*Teringat akan nasihat Ustaz Najib Abdullah sewaktu sesi kuliah Fiqh Ibadat & Munakahat: “Nafsu manusia tidak akan pernah puas, nafsu itu perlu di didik dan bukan untuk dituruti”.


0 comments:

Post a Comment