Hari ini (Khamis-2/4/09), sepatutnya petang ni aku ada mid term exam untuk Bahasa Jepun 1, tapi kelas dibatalkan. Malas nak balik kolej lagi, sebab baru aje datang sebelum tu.
Dan, Alhamdulillah, aku telah berjaya menemukan buku nota Ilmu Takhrij yang aku hilangkan. Bukan hilang sebenarnya, tertinggal dalam kelas. Cuai. Tak sabar sangat nak balik kolej petang Selasa lepas agaknya. Aku mengambil keputusan untuk pergi memantau di kawasan yang disyaki dan.. Berjumpa dengan buku aku tu.. Walaupun, buku tu dah jadi agak lembik, tapi takpe. Sekali lagi, alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah..
Aku masih lagi tak nak pulang ke kolej, sementara ada waktu aku merancang untuk menyibukkan diri dalam Makmal Komputer FSU (Fakulti Syariah & Undang-undang). Jimat sikit surf internet. Huhu.
Dalam perjalanan ke Makmal Komputer, seorang pensyarah dari luar Negara memanggil aku dari jauh:
"Assalamualaikum! Wait!!"
Aku? Terpana. Berhenti. "Wa.. alaikumus.. salam"
Pensyarah itu bertanyakan aku tentang tempat untuk program yang perlu beliau hadiri. Pada kertas itu tertulis, '3-5 April 2009, Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang'. Beliau bertanyakan aku kedudukan Hotel Seri Malaysia tersebut. Aku? Tersengih-sengih tak tahu. Pada tanggapanku, beliau pensyarah baru.
"Ana la a'rif ya Ustaz.."
Aku hanya men'confirm'kan tarikh yang ada dalam helaian itu sahaja. Malu. Itu aje yang mampu. Ish3.
"Ana asifah ya Ustaz.."
Tak tahu nak cakap apa lagi. Mengulang kata maaf.
"Mumkin enta sa tas'al ustaz akhar?"
Ayat pun merapu aje. Aku memang dah tak ada isi nak cakap apa lagi.
Masih lagi mengulang kata maaf.
Apa yang patut aku lakukan? Lari? Tak sanggup.
Bagaikan bulan jatuh ke riba, ketika aku terpinga-pinga dengan pensyarah tersebut Ustaz Anuar Hasin turun daripada tangga.
Aku?
Terselamat. Kononnyalah..
Dengan perasaan malu sebab tak dapat tolong pensyarah yang bertanya tadi, aku terus ke Makmal Komputer. Mengikut perbualan pensyarah itu dengan Ustaz Anuar yang aku curi-curi dengar, rasanya persoalan pensyarah luar Negara itu telah terjawab.
Alhamdulillah. Aku tidak rasa bersalah lagi.
Moralnya di sini, mantapkanlah diri anda dalam bahasa Arab dan Inggeris khususnya pelajar USIM. Heh. Kalau tak, nanti hanya mampu ternganga dan tersengeh kalau bercakap dengan pensyarah-pensyarah yang tidak tahu berbahasa Melayu.
Kedua, alert sikit dengan kawasan, daerah dan sebagainya di Malaysia ni. Aku memang fail kalau ditanyakan tentang nama-nama tempat ni. Daerah-daerah dan kawasan-kawasan kat negeri asalku pun tak berapa nak lulus. Ish3.
Mungkin itu antara kelemahan diri ini. Aku juga lemah dengan sesuatu yang berkaitan dengan nombor. Lemah juga dalam mencongak, kalau ada kertas dan pen tu bolehlah. Satu lagi, bab mengecam orang dan sebagainya. Lambat. Kena jumpa 2, 3 kali baru ingat. Berbeza dengan kawan aku yang seorang itu, sekali sahaja jumpa/terserempak dengan seseorang walau hanya beberapa saat, terus dapat tangkap dalam ingatannya.
Wa haza min fadhlilllah sah?
Haza min iradatillah.
Aku teringat kalam salah seorang pensyarahku, "Enta turid, lakin Allah la yurid". Aku hanya berpegang pada kata itu andai kecewa dalam beberapa perkara. Sesungguhnya segala yang berlaku adalah dengan kehendak Allah. Syukran ya Ustaz.
"Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu padanya nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." [H.R. Muslim:4/2074 no:2699]

0 comments:
Post a Comment