Seharian aku di kampus USIM hari ini, bersama seorang teman. Paginya, aku berjumpa dengan Ustaz Zohdi Mohd Amin untuk pemeriksaan akhir draf assignment untuk subjek Ilmu Takhrij al-Hadith. Sempat aku bertanyakan persoalan yang sudah lama terpendam dalam diri.
Aku punya minat untuk menyambung dalam bidang hadith. Namun, tiada keyakinan. Ramai yang menyuarakan pendapat bahawa bidang hadith ini sukar. Pendapat mereka sedikit sebanyak mempengaruhi diri. Tambahan lagi, ada seorang tutor lepasan ijazah daripada Arab Saudi yang aku rasakan amat hebat dalam bidang hadith ini. Pandai dan bijak. Tak mampu rasanya untuk menjadi seperti beliau. Hebat.
Namun, jawapan Ustaz Zohdi sedikit sebanyak memberikan aku harapan untuk meneruskan minat dalam bidang hadith ni. Kata beliau, kalau kita minat untuk menyambung dalam bidang hadith ni, nak tak nak kita kita rajin. Rajin baca dan belek-belek buku-buku berkaitan dengan hadith seperti Ulum Hadith, dan sebagainya. Kalau nak jadi lebih daripada orang lain, kita kena usaha lebih. Bidang ini tak susah mana kalau kita rajin, ada kemahuan, dan bersungguh.
Ustaz Zohdi mengajak aku dan seorang teman untuk datang ke biliknya sebelum cuti semester ini jika kami betul-betul minat dalam bidang hadith ini. Beliau akan memberikan beberapa penerangan dan persediaan tentang bidang hadith ini, sekaligus menawarkan kami menulis tesis bersamanya untuk projek ilmiah kami semasa tahun akhir nanti. Menarik. Terlintas dalam hatiku semasa berdiskusi, moga dengan meneruskan dalam bidang hadith ini aku tahu dan mengenali diri Rasulullah SAW yang mulia, menghayati setiap sabdanya. Moga dengan mempelajarinya, bisa menyemai rasa cinta terhadap Rasulullah SAW.
Dalam masa yang sama, aku sebenarnya sudah punya satu tajuk tesis bersama seorang pensyarah yang lain. Tajuk yang lebih menjurus kepada bidang pengajian al-Quran. Kini, aku dalam dilema. Aku agak berminat untuk meneruskan kajian dalam bidang hadith, dalam masa yang sama tidak sampai hati membatalkan tajuk tesis yang sedang aku pegang bersama pensyarah aku yang seorang lagi.
Apa yang perlu aku lakukan..? Tak tahu antara dua..
“Ya Allah, Tunjuki dan tenangi hatiku dengan jalan yang terbaik buat diriku. Jalan yang Engkau redhai..”
.jpg)
1 comments:
ertemulah dgn Ust Zohdi, ana sgt mengenali beliau. Ambillah pelbagai ilmu darinya khususnya 'aqidah, fardhu 'ain, mustalah hadith dll. Mudahn beroleh kejayaan dunia & akhirat. Pertahankn 'Aqidah. Wadah Perpaduan Ummah Melalui Kesatuan 'Aqidah ASWJ.
April 29, 2009 at 11:27 AMhttp://ar-rifaeyy.blogspot.com/
Post a Comment