Nukilan Hati..

Seorang wanita, anak, isteri dan ibu..

MALAM SEBELUM PEPERIKSAAN


Rabu (22/04/09). Baru-baru ini aku ada mendapat lirik nasyid daripada seorang pensyarah. ‘Indah Hidup Bersama Ilahi’ dendangan kumpulan nasyid Hijjaz. Sebelum ni aku sudah tahu akan nasyid itu, tetapi tidak menghayati dan tidak tahu apa mesej dalam lirik nasyid tersebut. Kini, baru aku tahu kandungan sebenar lirik nasyid tersebut. Banyak pedoman dan mesej daripada lirik tersebut yang boleh di ambil jika dihayati dan difahami.

Aku sedikit tertarik dengan lirik yang menyebut tentang rezeki. Tawakal pada Allah tentang rezeki, kerana rezeki itu datang daripada-Nya. Tidak perlu dipersoalkan dan dirungutkan.

Tentang soal rezeki ini juga yang abang aku selalu ingatkan. Antara katanya, sentiasalah yakin rezeki itu daripada Allah. Jangan kedekut nak bersedekah dan memberi untuk kesenangan orang lain. Sebab Allah dah janji akan membalasnya berlipat ganda. Bila? Tidak perlu dipersoalkan. Rahsianya milik Allah. Subhanallah.. Tapi nama pun manusia, nak-nak pulak yang lemah macam aku ni. Dah tau pahala dan ganjaran sedekah tu. Tapi agak susah dan jarang nak praktikkan. La haula wala quwwata illa billah.

Esok (Khamis-23/04/09), aku exam untuk subjek Tafsir Ayat-ayat Hukum. Aku tak tahulah apa kena dengan badan aku ni, lenguh-lenguh, agak tak bermaya, tidak bersemangat. Biasanya, mandi boleh menyegarkan seseorang. Tapi aku, lepas mandi pun tetap berkeadaan seperti sebelumnya. Dah la tak baca buku lagi, esok exam. Memang cari nahas. Akhirnya aku ambil keputusan, aku mesti study!! Tapi selepas tidur (perangai yang memang tak patut dicontohi, huhu). Pukul 9 lagi aku ‘berusaha’ untuk tidur, berbekalkan alarm yang aku ‘set’kan untuk mengejutkan aku jam 11 malam. Moganya, bangun tidur tu rasa tak bermaya tu akan hilang.

Tapi tidurku tak berjalan dengan lancar, aku dikejutkan dengan deringan telefon bimbitku. Panggilan telefon daripada abah dan mak.

Antara yang kami bualkan, berkaitan hal abang. Sejak abang aku ditawarkan jawatan eksekutif di ibu pejabat salah sebuah bank di Kuala Lumpur, ramai rakan-rakan perempuannya yang sibuk mengorat. Aku geram betul mendengarkannya. Tak suka.

Abang aku tidak punya ‘pacar’ (istilah hari ini = makwe/couple) sehingga sekarang, salah satu perkara yang membuat aku kagum padanya. Aku turut bertanyakan mak, abang ada perancangan nak kahwin dah ke? Maklumlah, sekarang dah kerja. Kata mak, mengikut perancangan abang mungkin dalam usia 26 tahun dia akan berfikir tentang isu kahwin ni. 3 tahun lagi. Entah kenapa, aku sensitive dengan isu ini, sambil bercakap di telefon sahaja sudah cukup untuk memecahkan ‘empangan’ di mataku. Aku cemburu ke? Takkanlah dengan abang sendiri pun nak cemburu? Takpe, lambat lagi.. Abaikan.

Mak turut bercerita tentang terapi urutan secara percuma di Temerloh. Promosi yang dilakukan sehingga bulan 12 ini. Mak kata, sedikit sebanyak ada kesan faedahnya. Abah kata, tak rasa apa-apa. Macam mana tu? Apa-apa pun, balik rumah cuti semester ini aku mesti cuba. Siapa tak nak servis percuma kan.. Wahai alat terapi urutan, nantikan kepulangan aku!!

Lebih kurang 46 minit ber’gayut’ dengan mak dan abah. Pelbagai cerita dan hal yang kami bicarakan, aku ceria. Mood aku bertukar menjadi baik. Perbualan telefon ditamatkan.

Mana rasa tidak bermaya aku sebentar tadi? Mana rasa lenguh-lenguh badan? Musykil. Hilang sebaik sahaja berbicara dengan mak dan abah ke? Inikah yang dikatakan penyakit rindu? Mungkin. Rindu pada mak dan abah. Lebih kurang 3 bulan aku tidak balik ke kampung.

Habis sahaja berbual di telefon, aku terus membuka komputer riba milikku. Menaip entri ini. Satu lagi sikap yang tidak patut dicontohi. Esok nak exam, masih sibuk nak buat kerja lain. Nampaknya, malam ini aku kena berjaga. Tidak tidur. Inilah akibat ‘last minute study’. Susah betul aku nak buang tabiat itu. Entah bila nak insaf. Motivasi diri ini agak rendah.

Tidak mahu menulis panjang lagi. Kitab Rawai’ul Bayan sudah sedia untuk dibedah. Aku perlu menyiapkan diri untuk menghadapi hari ini. – Khamis (23/04/09): 12.21 AM.



INDAH HIDUP BERSAMA ILAHI
HIJJAZ

Alangkah indah hidup ini
Hidup bersama Ilahi
Kehendak Allah difahami
Pandai menerima darinya
Bijak mengunakan nikmatNya
Ia dianggap ibadah
Semua diberi pahala
Tarbiah Allah berhikmah
Sabar dengan ujian
Tanpa hisab akan diganjari
Nikmat yang diberi
Memudahkan untuk berbakti
Merasai pemberianNya
Itulah tanda bersyukur
Akan ditambah lagi
Nikmat yang diberi
Tersiksa bermujahadah
Kerana ingin menempuh jalan
Untuk menuju Allah
Tarbiahnya Allah tunjukkan
Tawakal kepada Ilahi
Terutama mengenai rezeki
Tanpa ragu-ragu walaupun sedikit
Ada jaminan pembelaan dari-Nya
Bila taqwa pakaian kita
Urusan kita dimudahkan
Kerana kita sudah menjadi ahlillah
Begitu indah hidup bersama Tuhan
Korban harta kerana Allah
Agar berdaulat kalimatullah
Setiap satu kebajikan
Semuanya digandakan

0 comments:

Post a Comment