Nukilan Hati..

Seorang wanita, anak, isteri dan ibu..

MEMORI AL-WOSTO


Bait-bait rangkap masih segar di ingatan. Lenggok seninya, sukar dilupakan. Alunannya, mengingatkan aku tentang sejarah bersamanya. Bersamanya aku mula belajar hakikat hidup. Mengenalinyanya, aku temui pelbagai ragam. Dan, dalam tempoh bersamanya.. Aku temui seorang sahabat..

ILHAM

Ku kerdil di depanMu

Menggigil seluruh kekuatan

Pada detik ku dengari

Seruan mengamit kebenaran

Betapa pun sorakan

Terdiam selaut madah berbunga

Telah diri berjauhan

Keseorangan di malam yang sepi

Teringin meredahi alam

Menjadi perindu yang membelai malam

Berteman setitis tinta keemasan

Kamar penuh rahsia

Ilham meresapi rahsia

Menjadi seniman merasai wadah

Pusaka berzaman kesuburan iman

Insan yang bertaqwa

Di dalam keinginan ini

Ku satukan

Seluruh kudrat mata fikir menghayati

Sehingga hilang keraguan perasaan

Menjelmalah di ruang mata keyakinan


KEMBARA

Sebening pagi yang terindah

Harumnya sebuah impian

Dan bunga berguguran mengasyikkan

Berdiri menatap langit

Menyepi di sudut hati

Sendiri bagai camar di samudera

Bermusim kembara mencari erti

Menghitung berjuta memori

Jalan berliku ku susuri jua

Hitam dan merah kehidupan

Andai ada yang terguris di hati

Usah ada ruang benci dijiwa

Kerna pengalaman hidup berganti

Suka duka mewarnai usia

Kembara ke dalam diri sendiri

Belajar hakikat alam terbentang

Pasti kau temui cinta

Abadi selamanya

Biarlah dihempasi badai

Meronta dalam kepayahan

Terimalah setulusnya kepahitan

Usahlah dibayangi luka

Saujana luasnya hakikat

Kebenaran masih ada tersembunyi..

1 comments:

ali said...

salam....saya teringin nak dngr lagu kumpulan ilham nie..dulu popular di sma al wosto...boleh uploadkan utk saya...then send di email saya aril065461@yahoo.com

April 8, 2011 at 10:53 AM  

Post a Comment