Lama aku menyepi daripada menulis di sini. Dekat-dekat nak habis sem ni, agak sibuk menyiapkan assignment. Yela, waktu mula-mula pensyarah bagi assignment dulu idea tak nak keluar, tapi bila buat sebelum tarikh akhir tu baru ada idea.. Huhu, ‘cemerlang’nya lah pelajar macam tu..
Assignment yang dimaksudkan adalah untuk subjek Creative Thinking & Solving Problem. Kerja kursus ini menghendaki para pelajar untuk mencari satu masalah, dan menyediakan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut disamping mencipta 1 produk baru yang belum pernah dicipta sebelum ini.
Kumpulan aku memilih untuk membahaskan tentang isu makanan yang diragui kehalalannya dan kesukaran Muslim untuk mencari makanan yang dijamin halal, disamping menyediakan alternatif untuk menyelesaikan masalah dan isu tersebut. Untuk menyiapkan bahas tersebut, kami telah membuat survey, research, dan beberapa temu bual bersama beberapa pensyarah.
Semasa proses temu bual berlangsung, sedikit sebanyak, kami tahu tentang beberapa perkara. Sebelum ini, masyarakat Malaysia, Muslim khususnya bersepakat untuk memboikot barangan daripada Israel dan Amerika. Namun, kalau kita lalu di KFC, McD dan sebagainya, masih terdapat mereka yang menggunakan barang dan produk keluaran Yahudi itu.
Mengapa? Kerana, produk-produk dan servis mereka dikenali ramai, berkualiti, dan mesra pengguna. Sebagai contoh, McD. Servis mereka bagus, bersih, berdisiplin dan menepati masa. Berkualiti? Kualiti itu sebenarnya ada dalam Islam melalui sifat Ehsan. Tetapi, masyarakat Muslim kurang mempraktikkannya. Dan Yahudi menggunakan kualiti itu untuk melemahkan Muslim.
Selain itu, kempen boikot juga tidak akan berkesan sepenuhnya jika kurangnya kesedaran daripada pihak pengguna. Dalam masalah makanan halal dan haram, masyarakat kini kurang menitik beratkannya. Hal ini bersebabkan sikap tak endah terhadap hukum Islam. Dalam hal ini, peranan pendakwah adalah penting, dan menjadi Fadhu Kifayah kepada Muslim.

0 comments:
Post a Comment