(Khamis-26/3/09), semasa tutorial Ilmu Rijal al-Hadith, Ustaz Nidzamuddin b. Zakaria bercerita tentang kelebihan-kelebihan para sahabat Rasulullah SAW.
Cerita ustaz juga, terdapat salah seorang sahabat yang arif tentang sifat-sifat munafik, dan padanya senarai ahli munafiq. Saidina Umar al-Khattab yang ketika itu menjawat jawatan khalifah bertanya tanpa memikirkan kedudukannya ketika itu yang maksudnya lebih kurang; “Adakah aku ada pada senarai ahli munafiq?”. Subhanallah, bagaimana agaknya didikan Rasulullah terhadap sahabat-sahabatnya? Bagaimana seorang yang dijamin masuk syurga boleh menuturkan persoalan sedemikian rupa?
Ustaz turut menceritakan sifat tawadhu’ Khalifah Umar ibn Abdul Aziz. Melalui kisah sejarah, kita mengetahui tentang hebatnya pemerintahan Khalifah Umar ni. Namun, ketika ditanyakan tentang perbandingan pemerintahan beliau dengan pemerintah Khalifah Muawiyah, beliau menjawab dengan perasaan rendah dirinya, yang maksudnya lebih kurang; “Jangan dibandingkan aku dengan seseorang yang telah solat dibelakang Rasulullah, dan penulis wahyu yang disampaikan kepada Rasulullah. Kalau dibandingkan aku dengan Muawiyah, aku hanyalah debu pada kaki kuda yang ditunggangi Muawiyah”. Begitulah pengakuan seorang Khalifah yang hebat.
Mulianya kedudukan para sahabat. Manakan tidak, jika kita korbankan emas sebesar bukit Uhud di jalan Allah, masih tidak dapat melawan kehebatan pengorbanan para sahabat untuk Islam. Maha Suci Allah yang menjadikan segala sesuatu..
Aku kurang ingat sabda Rasulullah tentang Abu Bakar as-Siddiq. Sabda Rasul mulia itu sedikit sebanyak menimbulkan cemburu dihati. Mafhum sabdanya seolah-olah mengambarkan bahawa Saidina Abu Bakar as-Siddiq adalah sahabat yang terbaik disisi baginda.
Namun, siapalah aku untuk dibandingkan dengan sahabat Rasul itu, dia dan aku jauh berbeza. Pengorbanannya untuk Rasulullah dan Islam tiada tandingannya. Sedangkan Umar al-Khattab pun tidak tertanding dengan kehebatan Abu Bakr, inikan pula aku. Al-Faqih Imam Syafie juga menganggap dirinya banyak berbuat maksiat. Katanya: “Aku sukakan orang-orang soleh walaupun aku bukan daripada kalangan mereka, tetapi aku bencikan pedagang ke arah maksiat maksiat walaupun aku juga seperti mereka”.
Aku? Bukan sekali dari golongan faqih, dan alim ‘ulama’. Untuk Islam, aku tidak menyumbangkan apa-apa.. Pengorbananku untuk Islam? Jauh sekali..
“Ampuni aku Ya Allah, Maafkan aku.. Izinkan aku untuk punya sesuatu yang boleh aku sumbangkan untuk agama Muhammad SAW. Permudahkan aku untuk berkorban di jalanMu. Sesungguhnya segala yang berlaku adalah atas kehendakMu ya Rahman, ya Rahim.. Ameen”.

0 comments:
Post a Comment