Nukilan Hati..

Seorang wanita, anak, isteri dan ibu..

UBJ2012: BAHASA JEPUN 1



Alhamdulillah, hari ni ada masa sikit layan internet ni. Sepanjang minggu ni dirasakan begitu pendek sekali. Cepatnya masa berlalu. Pernah juga terbaca tentang hobi seorang hamba Allah tu, hobinya ialah membunuh masa. Hm, boleh ke aku praktikkan hobi tu ek..?? huhu.

Aku sebenarnya kurang berpuas hati dengan rakan satu fakulti yang terlampau menunjukkan reaksinya yang tidak minat untuk belajar. Dalam dewan kuliah, buat nak tak nak je dengar syarahan pensyarah, pada hal pensyarah ada di depan mata. Kalau betul pun tak minat belajar, tak payahlah nak buat macam tu sekali. Nampak macam kurang ajar aje. Maaflah kalau bahasa yang digunakan ni kasar. Gelagat orang-orang macam ni, kadang-kadang mengganggu konsentrasi orang lain yang nak belajar. Aku pernah jugak dengar daripada mulutnya, dia tak minat untuk belajar lagi, lebih senang untuk terus bekerja.

Ada juga antara mereka yang menunjukkan reaksi bosan yang berlebihan waktu pensyarah tengah memberi penerangan, dah la dia duduk betul-betul di depan kerusi yang aku duduk. Geram sahaja rasanya nak ketuk kepala makhluk Allah yang seorang tu. Yang ni pula, dengar ceritanya tidak minat subjek dalam bahasa Arab, sebab tu jadi macam tu. Mudah betul mencari alasan ni kan?

Teringat kata-kata pensyarah bahasa Jepun aku semalam. Katanya, sebagai pelajar sepatutnya berani tempuh cabaran semasa belajar. Bukan kita seorang aje yang mengalami kesusahan tu, semua orang mengalami perkara yang sama. Semuanya bergantung pada diri kita sendiri, nak atau tak nak aje. Sensei cakap macam tu sebab ada antara kalangan kitorang yang ‘drop’ subjek bahasa Jepun ni. Tak mampu katanya. Hm, takpelah, lupakan pasal mereka.

Untuk subjek bahasa Jepun, buat masa ni aku dah hafal karakter Hiragana, sekarang kena hafal karakter Katakana pulak. Moga diberi ingatan yang kuat dalam menghafal sesuatu sesuatu. Ameen.

* Sensei = Cikgu/pensyarah

* Hiragana & Katakana = Karakter dalam tulisan Jepun. Kalau dalam dalam bahasa Melayu, kiranya cam baru nak hafal ABC r..

0 comments:

Post a Comment