Nukilan Hati..

Seorang wanita, anak, isteri dan ibu..

SEMINAR KERJAYA

Rabu (25/02/09), Sempena Minggi Integriti, Fakulti Pengajian Quran Sunnah telah mengadakan satu program yang bertemakan Seminar Kerjaya. Panel yang dijemput ialah, Hj Abdul Halim bin Abdullah, En. Abdul Halim bin Hj Abdul Hafidz, dan En. Zaini bin Zakaria (tutor Fpqs).

Program dijadualkan berlangsung pada jam 2.30 petang. Tetapi program ditangguhkan sehingga lebih kurang jam 4 petang kerana jadual program bertembung dengan Majlis Perasmian Minggu Integriti 2009 oleh Dato’ Syukor.

Sewaktu seminar berlangsung, aku hanya sempat mendengar syarahan En. Abdul Halim bin Hj Abdul Hafidz sahaja, kerana aku punya kelas bahasa Jepun jam 5 petang. Apabila panel ke-2 mula memberi syarahan, aku sudah hilang tumpuan. Memikirkan adakah perlu aku menghadiri kelas atau meneruskan seminar tersebut. Akhirnya, keputusan dibuat. Aku keluar menuju makmal bahasa jam 5.30 petang, kiranya masuk kelas lambat setengah jam la. Huhu. (Sumimasen Sensei!) Nasib baik sensei tak marah dengan aku, malah memberi tunjuk ajar terhadap pelajaran yang aku tertinggal dalam waktu setengah jam aku lewat tu. Doumo arigatou gozaimasu sensei!

*Sumimasen = I’m Sorry

*Sensei = Teacher

* Doumo arigatou gozaimasu = Thank You Very Much

Aku tak nak bercakap panjang tentang kelas bahasa Jepun tu, tapi mengenai Seminar Kerjaya yang telah aku hadiri. Walaupun hanya untuk 1 jam. Huhu. Syarahan yang dibawa oleh En. Abdul Halim bin Hj Abdul Hafidz, bertepatan dengan dirinya yang merupakan seorang ahli perniagaan, lebih banyak menjurus kepada bidang perniagaan. Syarahan beliau juga menggunakan unsur jenaka. Banyak antara contoh yang beliau berikan membuat aku dan rakan-rakan ‘pecah perut’.

Beliau juga memberikan perbandingan antara berniaga sendiri berbanding makan gaji. Antaranya berkaitan kos sara hidup. Beliau memberi contoh pengalaman dirinya yang pernah bekerja dan mendapat gaji RM2215 sebulan, katanya apabila ditolak kwsp, belanja untuk sewa, kereta, makanan dan lain-lain lagi, simpanannya untuk sebulan hanya sebanyak RM75. Itu tidak termasuk lagi sumbangan untuk ibu bapa, bil elektrik, air dan sebagainya. Turut memberi contoh bagi mereka yang hendak mengerjakan haji, katanya zaman sekarang jika mahukan keselesaan semasa menunaikan haji paling tidak pun perlu mempunyai RM20, 000 dalam tangan.

Namun begitu, kenyataan-kenyataan beliau bukanlah hendak merendahkan golongan yang tidak mampu. Beliau hanya memberikan perbandingan. Untuk menaikkan semangat mereka yang berminat untuk bekerja sendiri. Tidak semestinya juga apa yang beliau katakan semuanya benar, setiap orang mempunya cara dan corak fikiran tersendiri. Kehidupan kita, kitalah yang mencorakkannya.

Lepas program tu, banyak juga dengar suara-suara yang berminat untuk berniaga. Nantikanlah sahaja. Tiada pekerjaan yang senang dan menjanjikan keuntungan yang lumayan tanpa usaha, semestinya perlu melalui pelbagai kesusahan dan kepayahan pada permulaannya.

“Ya Allah, jangan Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami”.

0 comments:

Post a Comment