Aku ada membuat perancangan untuk sambung belajar lagi selepas ijazah. Keluarga aku pun tidak membantah. Dahulu, tidak pernah terlintas dihati niat untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Mungkin kerana faktor kaum kerabatku. Paling tinggi pun hanya diperingkat ijazah.
Baru2 ini fpqs mendapat tenaga pengajar baru, professor dalam bidang hadith. Juga turut menjadi tenaga pengajarku untuk subjek Ilmu Rijal Hadith. Selepas mengikuti kuliyah prof. ditambah lagi dengan cerita pengalaman dalam bidang hadith oleh pensyarah aku dalam subjek Ilmu Takhrij, hatiku terusik untuk menyambung dan mendalami bidang hadith. Dalam masa yang sama, minat untuk menyambung dalam aliran Fiqh turut ada. Kiranya, aku ni dalam dilema ke? Huhu.
Nak dijadikan cerita, berkebetulan dengan tempoh dilemma aku tu. Semasa aku menghadiri satu kuliyah, pensyarah aku bercerita perihal anak murid Imam Bukhari, salah seorang ulama’ besar hadith. Anak muridnya bertanyakan pandangan Imam Bukhari, adakah dia (anak murid Imam Bukhari) perlu meneruskan mendalami bidang hadith, atau bidang fiqh. Jawab Imam Bukhari: “Sanggupkan kamu lalui jalan yang telah aku lalui?”. Maksudnya, sanggupkah anak muridnya melalui kesusahan yang dihadapi Imam Bukhari sewaktu menuntut ilmu tersebut.
Kalau ambil bidang fiqh pula, menurut kata pensyarah aku, boleh dapat banyak perkara, seperti bahasa, dan lain2 lagi..
Agak2 pendapat Imam Bukhari tu boleh tak aku amalkan? Beza aku dengan zamannya jauh.
Hm, tapi takpe, aku masih punya waktu untuk memikirkannya, sekarang aku kena focus dengan bidang aku sekarang. Minggu depan ada 3 exam. Study, study & study!!

0 comments:
Post a Comment