Nukilan Hati..

Seorang wanita, anak, isteri dan ibu..

SYARAT-SYARAT MENUNTUT ILMU


Semester ni aku ambil subjek Bahasa Jepun 1. Sekelas dengan rakan2 dari fakulti berbeza, sedikit sebanyak membuka minda ni. Bukan nak kata, belajar sekelas dengan rakan-rakan dari fakulti yang sama minda tidak terbuka, tetapi ada kelainan sedikit dari segi suasana dan persekitarannya. Sekelas dengan rakan daripada fakulti lain, malah ada juga di antara mereka dalam tahun akhir. Mereka rupanya begitu aktif di dalam kelas. Bukan aktif bersukan, tetapi aktif dalam bercakap dan bertanya tentang apa yang tidak difahami. Mula2 berhadapan dengan situasi macam tu, terkejut juga. Rasa macam terpana pun ada jugak. Tapi, bila dah terbiasa, rasa seronok pulak.

Rakan2 sekelas sejak sem1, boleh dikatakan jenis yang pasif, tidak banyak bercakap (mengenai subjek yand diajar), kurang bertanya, tidak dapat menjawab soalan pensyarah dengan baik, dan sebagainya. Tak dinafikan aku pun macam tu juga kadang2. Mungkin kerana latar belakang mereka yang belajar bidang agama macam tu kot. Bukan ingin merendahkan mereka yang berada dalam bidang agama. Aku juga antara mereka yang berada dalam bidang tersebut. Yang dimaksudkan disini hanya sebahagian, dan bukan semua. Menurut pemerhatianku, ada beberapa sebab bagaimana boleh terjadi keadaan macam tu:

1. Malu/malu tidak bertempat. Sifat malu adalah sunnah Rasulullah SAW. Malu juga perhiasan wanita. Tetapi jika berada dalam situasi menuntut ilmu, wajarkah kita malu? Kalau diimbas kembali sewaktu di alam persekolahan, aku antara insan yang malu tak bertempat ni. Rugi rasanya bila diingatkan. Banyak waktu dan kesempatan yang telah aku sia-siakan. Mengapa dikatakan sebagai malu tak bertempat? Kerana sifat malu itu hanya hadir ketika belajar, dan hilang apabila bermain, berborak dan sebagainya. Sekarang baru aku faham makna teguran guru-guruku yang selalu menasihatkan supaya membuang sifat malu ketika belajar. Insya Allah, aku dalam proses menghakis sifat ‘malu tak bertempat’ tu dalam diri. Aku harap melalui cara tersebut, dapat mematangkan diri, dan menjadi pintu untuk ilmu sampai kepadaku.. Ameen.

2. Tidak mengulangkaji subjek yang akan dipelajari sebelum masuk kelas. Perkara ini memang menjadi kebiasaan bagi mereka yang tidak bersungguh-sungguh menuntut ilmu. Boleh dikatakan juga, kebiasaan dari alam persekolahan yang terbawa hingga ke universiti. Mungkin boleh dikatakan, kerana malas. Perkara ini juga selalu diingatkan oleh pensyarah-pensyarahku. Tapi kebanyakan yang mendengar, hanya berubah hangat-hangat tahi ayam, ada juga yang hanya insaf waktu mendengar teguran tersebut. Bila habis kelas, hilang segalanya. Namun, tidak dinafikan mungkin ada yang istiqamah dalam melakukan perubahan. Ada atau tiada? Wallahu a’laam..

Syarat2 dalam menuntut ilmu:

  1. Cerdik – Semua orang cerdik. Tetapi bergantung kepadanya, cerdik untuk menjadi pandai, atau cerdik untuk menjadi bodoh.
  2. Tamak – Tidak pernah cukup dalam menuntut ilmu. Seolah2 segala bidang ingin diterokai. Tidak terhenti kepada bidang yang diceburi sahaja.
  3. Bersungguh-sungguh – Tiada kejayaan yang maksimum tanpa bersungguh-sungguh.
  4. Tidak berkira wang – Kadang-kadang ada yang begitu berkira untuk membeli buku pelajaran. Tetapi tidak pula berkira, untuk membeli novel, alat mekap, telefon bimbit dan sebagainya.
  5. Dengar dan patuhi nasihat guru.
  6. Hormati guru
  7. Bersabar – Proses untuk menjadi alim bukanlah sekejap, bahkan memerlukan masa yang lama. Sabar dan berterusanlah dalam belajar ilmu.

Terima kasih mak dan abah. Tanpa kalian, aku bukan aku yang sekarang.. Ya Allah, Ampunkan dosa2ku dan kedua2 ibu bapaku.

Ibnu Umar Mubarak: “Manusia itu sentiasa berilmu selama mana ia menuntut ilmu, apabila ia menyangka telah berilmu, maka ia telah bodoh.”

0 comments:

Post a Comment