Solat adalah tiang agama. Solat juga amalan pertama yang akan dihisab. Solat salah satu alternative untuk mendekatkan diri kepada Allah. Istimewanya solat, bersamanya saat untuk bercakap denganNya, waktu untuk memohon segala, juga tempat mengadu dan meluahkan segala.. Bagaimana jika seseorang itu meninggalkan solat? Di mana tempat mereka meminta? Di mana tempat mereka merintih?
Namun, tika ini ramai sekali yang lupa akan keistimewaan itu. Yang jahil itu sudah pasti untuk meninggalkannya, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka yang belajar agama, dan masih lagi berada dalam bidang agama, tetapi turut mengabaikannya? Mereka tahu apa hukum meninggalkan solat, mereka juga tahu janji Allah terhadap mereka yang meninggalkan solat. Tetapi, mengapa masih tega meninggalkannya?
Yang meninggalkan solat sudah pasti janji Allah itu akan sampai padanya. Tetapi, bagaimana pula bagi mereka yang solat tetapi lupa akan hak muslim sesama muslim, amar ma’ruf nahi munkar? Hanya berdiam tika saudaranya terlupa? Hanya memandang saat saudaranya terleka? Dimanakah tempat mereka?
Subuh itu aku bangun, bilik air masih kering. Menandakan ia masih belum digunakan. Aku setia di ruang tamu setelah menunaikan solat subuh. Aku ingin melatih diri supaya tidak tidur selepas subuh. Bukankah Rasulullah SAW menegah untuk tidur selepas subuh? Pastinya ada hikmah disebalik tegahan baginda itu.
Pagi itu juga, aku perasan suatu perkara. Mengikut pemerhatianku, ada seorang lagi rakan sebilik yang masih tidak membuka pintu biliknya. Fikirku, dia ada sebab tertentu untuk tidak bangun subuh itu. Masa terus berlalu, dan aku terus setia di meja biru ku. Lebih kurang jam 9 pg, pintu yang ku nantikan untuk terbuka, akhirnya menunjukkan penghuninya. Ternyata rakanku itu bermalam bersama 3orang temannya yang lain. Hatiku mulai curiga, adakah keempat2 mereka maani’ah untuk solat? Segalanya terjawab setelah aku berkias2 bertanyakan keadaan rakan sebilikku itu. Daripada sudut usulfiqhnya, jelas tiada sebab untuk dia maani’ daripada solat.
Bukan niat di hati untuk menjaga tepi kain orang. Tapi aku juga pernah mendengar pendapat abangku. Katanya, ‘Nak jaga tepi kain orang itu tidak mengapa, asalkan kita tidak masuk dalam kain orang tu..’. Yang aku bimbangkan kini, apa yang patut aku perbuat? Menasihati? Menasihat dengan cara apa? Diriku masih dihambat rasa mementingkan pandangan manusia terhadapku
Maafkan aku ya Allah, permudahkan aku untuk mengamalkan ilmu bermanfaat yang telah Engkau ajarkan kepadaku..

0 comments:
Post a Comment