Hati terusik mendengar tazkirah melalui rancangan Al-Kulliyah di TV3, 30 Januari lepas. Tazkirah itu bertemakan ‘Khusyuk’. Khusyuk dalam solat. Penceramah ialah seorang ‘kiyai’ yang didatang
Melalui rancangan tersebut, pelbagai pertanyaan dilontarkan oleh para penonton di studio dan di rumah. Melalui soalan2 tersebut, jelas menunjukkan ramai sekali yang ingin mendapatkan khusyuk dalam solat. Malah, ada antara mereka yang mencuba pelbagai cara untuk khusyuk dalam solat, antaranya ada yang solat di tempat yang gelap, solat sambil menutup mata dan cara2 yang lain lagi semata-mata untuk khusyuk. Persoalannya, bolehkah solat dalam keadaan sedemikian? Jawab Pak Kiyai tersebut lebih kurang macam ni; ‘solat di tempat yang gelap, kita tidak tau apa yang ada dalam gelap, bukankah itu merbahaya?’, ‘solat sambil menutup mata, kita tidak bisa tau apa yang ada di tempat sujud. Mana tau, waktu sujud ada paku jatuh ka, bukankah akan membawa kecelakaan?’. So, fikir2kan dahulu, kalau ada niat nak solat dalam keadaan yang disebutkan tadi..
Jawapan Pak Kiyai tersebut tentang cara mendapatkan khusyuk dalam solat amat ‘clear’ dan mudah difahami. Kata Pak Kiyai, yang penting kita kena yakin dengan sebenar2 yakin bahawa Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Selalulah berdoa supaya ditimbulkan rasa khusyuk dalam solat, kerana Allah itu Maha Mendengar, Dia juga Maha Tahu apa yang kita mahukan. Yakinlah. Selain itu, bersungguh-sungguhlah untuk mendapatkan khusyuk, dengan cara bersungguh-sungguh ketika solat, mengikuti perintahNya dan menjauhi laranganNya. Masalah yang dihadapi masyarakat kita kini, mereka tidak bersungguh dalam solat dan ibadah2 yang lain. Hanya memberi sisa-sisa sebagai persembahan kepada Yang Esa. Contohnya, kita mempersembahkan kepada Allah solat dihujung waktu, kita juga hanya bersedekah jika ada wang baki daripada belian barang2 keperluan. Bukankah amal2 itu hanya sisa? Layakkah kita memberikan sisa kepada Pencipta kita? Kalau kita makan makanan yang enak, apa perasaan ibubapa andai kita hanya memberikan mereka sisa2 makanan yang telah kita makan?
Pak Kiyai itu juga membuat perumpamaan tentang khusyuk. Katanya, jika kita marah dengan sebenar-benar marah kepada seseorang, bukankah kita tidak mendengar dan tidak sedar bunyi2, percakapan manusia dan keadaan disekeliling kita? Hal ini kerana, hati kita ketika itu ada/wujud bersama rasa marah itu. Begitu juga ketika solat, kita boleh khusyuk jika hati kita benar2 ada/wujud bersama solat kita.
Selain itu, Pak Kiyai itu turut menyebut untuk selalu berdoa meminta pertolongan Allah, dengan solat dan bersabar. Berdasarkan firman Allah, ayat 153 Surah al-Baqarah, yang bermaksud:
"Wahai sekalian orang-orang Yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah Dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) Dengan bersabar dan Dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang Yang sabar".
Yakinlah dengan sebenar2 keyakinan kepada Allah.
Terdapat juga kaedah lain untuk mendapatkan khusyuk. Kita sudah biasa dengar, ada yang mendapatkan khusyuk melalui wudhuk zahir dan batin, tetapi jarang sekali yang dapat mempraktikkan cara tersebut. Dalam buku ‘Bio-Mekanik Solat: Kaedah Kemahiran KHUSYUK Melalui Fitrah Biologi Dan Satu Kaedah TERAPI’ oleh Dr. Yusof Abbas, mengupas sedikit sebanyak motivasi dan kaedah untuk khusyuk, beserta pengisian2 menarik lain mengenai solat.
Menurutnya, terdapat 8 kaedah bio-mekanik untuk khusyuk, iaitu melalui:
- Penetapan Minda Dan Emosi
- Perlaziman Minda
- Teknik Pernafasan
- Teknik Pembacaan
- Teknik Tumpuan Mata
- Teknik Pendengaran
- Teknik Pergerakan Dalam Solat
- Teknik Imaginasi
Jalan untuk mendapatkan khusyuk serba sedikit telah kita ketahui. Bersama-samalah kita berusaha untuk mendapatkan khusyuk di dalam solat kita. Moga rahmat dan redha Allah sentiasa bersama. Moga segala yang bermanfaat menjadi peringatan kepada diri ini.
ً
اللًّهمَّ علِّمنا ما ينفعنا، وانفعنا بما علَّمتنا، رب زدنا علماً
0 comments:
Post a Comment