MUTIARA KATA IMAM SYAFIE
1. Belajarlah ilmu Fiqah sebelum kamu menjadi ketua, dan apabila menjadi ketua maka tidak ada jalan lagi untuk belajar.
2. Menuntut ilmu adalah lebih baik daripada solat sunat.
3. Keredhaan manusia adalah suatu tuntutan yang tidak terhingga baiknya. Aku berkata sedemikian adalah semata-mata untuk memberi nasihat, bukanlah terselamat manusia daripada suatu jalan, maka hendaklah engkau melakukan apa yang berguna pada diri engkau. Jalankanlah perkara itu terlebih dahulu dan tinggalkanlah manusia dengan keadaannya.
4. Sesiapa yang benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya, akan ditutup kekurangan dan diampun kehinaannya.
5. Sesiapa yang hendak kepada dunia maka hendaklah ia mencari ilmu, dan sesiapa berkehendak kepada akhirat juga hendaklah ia mencari ilmu.
6. Seseorang itu tidak akan berjaya dalam menuntut ilmu melainkan ia menuntut semasa dalam kemiskinan. Sesungguhnya aku pernah meminta kertas, tetapi aku sukar mendapatkannya.
7. Setiap yang menuntut ilmu, hendaklah ia mendalaminya. Tanpa keikhlasan, ilmu akan hilang.
8. Perhiasan ulama' ialah petunjuk, manakala pakaian pula baik akhlaknya, sementara kecantikan mereka ialah berjiwa mulia.
9. Kemiskinan ulama' ialah kemiskinan ikhtiar, manakala kemiskinan orang jahil ialah kemiskinan kesusahan.
10. Sesiapa yang mulia tanpa ketaqwaan, maka ia bukanlah orang yang mulia.
11. Sesiapa yang tamak haloba kepada dunia ini, dia akan menjadi hamba kepada ahli dunia.
12. Politik memimpin manusia lebih sukar dari politik untuk memimpin binatang.
13. Jika aku mendapati minuman yang sejuk yang dapat mengurangkan maruah, sudah tentu aku tidak akan meminumnya.
14. Orang yang menjaga maruah sentiasa dalam perjuangan.
15. Sesiapa berbuat baik kepada engkau, maknanya ia percayakan engkau, dan sesiapa yang menjauhi engkau, maka ia akan melepaskan engkau.
16. Manusia yang paling tinggi darjatnya ialah mereka ynag tidak melihat darjatnya. Begitu juga semulia-mulia manusia ialah mereka yang tidak melihat kemuliaannya.
17. Pertolongan adalah penyucian keaiban.
18. Persahabatan dengan orang yang tidak takut kepada keaiban akan mendapat malu di akhirat.
19. Engkau dijadikan oleh Allah dengan bebas, maka hendaklah engkau hidup bebas sebagaimana engkau dijadikan.
20. Sesiapa yang memegang jawatan qadhi, sedang ia tidak dikehendaki ia adalah seorang pencuri.
21. Sesiapa mendengar dengan telinga, ia seorang pencerita. Dan sesiapa yang mendengar dengan hatinya, ia adalah seorang yang sedar dan sesiapa yang member nasihat dengan perbuatan, ia adalah seotang penunjuk.
22. Apabila engkau tersalah membuat sesuatu kebaikan kepada orang yang bertaqwa kepada Allah, maka engkau hendaklah berbuat baik kepada orang yang menjauhi keburukan.
(Dipetik daripada kandungan buku karangan Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Istilah-Istilah Fiqah dan Usul: Empat Mazhab, terbitan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM)
Turut dimuatkan pepatah arab di bahagian penutup buku tersebut:
"Jangan kamu mengintai keaiban manusia yang tersembunyi
1. Belajarlah ilmu Fiqah sebelum kamu menjadi ketua, dan apabila menjadi ketua maka tidak ada jalan lagi untuk belajar.
2. Menuntut ilmu adalah lebih baik daripada solat sunat.
3. Keredhaan manusia adalah suatu tuntutan yang tidak terhingga baiknya. Aku berkata sedemikian adalah semata-mata untuk memberi nasihat, bukanlah terselamat manusia daripada suatu jalan, maka hendaklah engkau melakukan apa yang berguna pada diri engkau. Jalankanlah perkara itu terlebih dahulu dan tinggalkanlah manusia dengan keadaannya.
4. Sesiapa yang benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya, akan ditutup kekurangan dan diampun kehinaannya.
5. Sesiapa yang hendak kepada dunia maka hendaklah ia mencari ilmu, dan sesiapa berkehendak kepada akhirat juga hendaklah ia mencari ilmu.
6. Seseorang itu tidak akan berjaya dalam menuntut ilmu melainkan ia menuntut semasa dalam kemiskinan. Sesungguhnya aku pernah meminta kertas, tetapi aku sukar mendapatkannya.
7. Setiap yang menuntut ilmu, hendaklah ia mendalaminya. Tanpa keikhlasan, ilmu akan hilang.
8. Perhiasan ulama' ialah petunjuk, manakala pakaian pula baik akhlaknya, sementara kecantikan mereka ialah berjiwa mulia.
9. Kemiskinan ulama' ialah kemiskinan ikhtiar, manakala kemiskinan orang jahil ialah kemiskinan kesusahan.
10. Sesiapa yang mulia tanpa ketaqwaan, maka ia bukanlah orang yang mulia.
11. Sesiapa yang tamak haloba kepada dunia ini, dia akan menjadi hamba kepada ahli dunia.
12. Politik memimpin manusia lebih sukar dari politik untuk memimpin binatang.
13. Jika aku mendapati minuman yang sejuk yang dapat mengurangkan maruah, sudah tentu aku tidak akan meminumnya.
14. Orang yang menjaga maruah sentiasa dalam perjuangan.
15. Sesiapa berbuat baik kepada engkau, maknanya ia percayakan engkau, dan sesiapa yang menjauhi engkau, maka ia akan melepaskan engkau.
16. Manusia yang paling tinggi darjatnya ialah mereka ynag tidak melihat darjatnya. Begitu juga semulia-mulia manusia ialah mereka yang tidak melihat kemuliaannya.
17. Pertolongan adalah penyucian keaiban.
18. Persahabatan dengan orang yang tidak takut kepada keaiban akan mendapat malu di akhirat.
19. Engkau dijadikan oleh Allah dengan bebas, maka hendaklah engkau hidup bebas sebagaimana engkau dijadikan.
20. Sesiapa yang memegang jawatan qadhi, sedang ia tidak dikehendaki ia adalah seorang pencuri.
21. Sesiapa mendengar dengan telinga, ia seorang pencerita. Dan sesiapa yang mendengar dengan hatinya, ia adalah seorang yang sedar dan sesiapa yang member nasihat dengan perbuatan, ia adalah seotang penunjuk.
22. Apabila engkau tersalah membuat sesuatu kebaikan kepada orang yang bertaqwa kepada Allah, maka engkau hendaklah berbuat baik kepada orang yang menjauhi keburukan.
Nescaya Allah mendedahkan segala keburukanmu
Sebutlah kebaikan apa yang ada pada mereka apabila disebut
Jangan aibkan seseorang dengan apa yang ada padanya"
0 comments:
Post a Comment