Nukilan Hati..

Seorang wanita, anak, isteri dan ibu..

BUAL BICARA

Sabtu, 14 Ogos 2010 bersamaan 4 Ramadhan 1431H, waktu dhuha. Di rumah kami sekeluarga (kampung abah). Emak dan abah pergi rumah Tok Wan (kampung emak). Mengambil masa lebih kurang 30 minit dari kampung abah ke kampung emak (^_^)v.


Aku menaip. Abangku di sebelah. Bersantai. Dihadapannya nota/bahan bacaan. Gayanya membaca. Untuk menghadapi peperiksaan awal bulan depan. Saat itu juga hatiku sayu. Perbincangan dan cerita bual abangku sebentar tadi begitu menusuk hati ini.


Abangku jika berkata-kata, lagaknya santai. Namun, entah mengapa katanya begitu terkesan ke dalam hatiku.


Antara bicara abang, mengenai 'fikrah awlawiyat'. Sebagai contoh, antara Solat sunat Tarawih, dan Solat Fardhu yang lima. Kebanyakan kita hari ini begitu beria-ria mengejar kelebihan-kelebihan solat Tarawih tak kira secara berjemaah atau individu. Dalam masa yang sama, meninggalkan jemaah solat fardhu yang lima, disamping kurang mengambil berat tentang solat 5 waktu yang wajib itu. Namun, bukan memberi peluang untuk bersuka-suka meninggalkan perkara-perkara sunat. Kita amat digalakkan untuk memperbanyak amalan sunat, Amal sunat mungkin boleh dikatakan 'topup' kepada amal wajib kita. Allah juga sayang kepada mereka yang banyak melakukan amal-amal sunat ini. Silakan untuk memperbanyak dan menghidupkan ibadah sunat, bersyaratkan kita terlebih dahulu melakukan perkara wajib.


Abang menyambung bicara lagi setelah beberapa minit terhenti (Membaca notanya, mungkin juga hanya melihat-lihat). Membawa satu contoh, antara seorang yang menjadi imam solat tarawih 20 rakaat di Kuala Lumpur, dan seorang lagi yang pulang bertemu ibu bapa di kampung, tanpa berbuat apa-apa. Mana yang lebih baik? Abangku meninggalkan tanda tanya disitu.


Aku bertanya abang, bagaimana nak bersedekah? Kita kan digalakkan bersedekah, nak-nak pula di bulan Ramadhan ini. Sedekah, tak tahu cara, dan kepada siapa. Meminta pandangannya. Jawab abang: Orang miskinla.. Saudara-saudara ke, ibu bapa..etc.


Seterusnya menyambung bicara tentang sikap 'berkira' kita, anak-anak terhadap mak dan abah. Ya, terkadang pernah terasa apabila permintaan kita tidak dipenuhi ibu dan bapa, berkira apabila ibubapa meminta pertolongan. Anak-anak mula bermonolog,


"Duit sekarang pun tak cukup untuk diri sendiri, macam mana nak bagi mak duit..?"


"Nak balik kampung hujung-hujung minggu? Letihlah.. kerja banyak ni, assignment banyak tak siap, nak jimat duit..".


Namun, kita lupa..


Mak abah tidak pernah berkira sewaktu menghantar anak-anak ke sekolah, tidak pernah berkira mengambil cuti kerja untuk menghantar anak ke asrama, tidak berkira memberi wang belanja, yuran sekolah, yuran asrama, yuran tuisyen, duit buat beli buku, pensel, pemadam, beg, baju, kasut, berus, baldi.. tidak terkira untuk disebutkan semua. Meraikan anak-anak yang berjaya, menenangkan anak-anak yang bersedih..etc. Kita sebagai anak, apa pula yang telah kita perbuat? Bibir mengatakan sayang, namun perlakuan kita tidak membenarkan kata itu.


Abang menambah kisah seorang pemuda yang tinggal di dasar laut pada zaman Nabi Musa AS (tidak pasti, jika salah sila betulkan). Berkat doa ibunya yang lebih kurang maksudnya, agar Allah menempatkan anaknya itu bukan dilangit dan bukan jua didaratan. (Tak berapa ingat jalan cerita dan dialog yang masyhur dalam kisah ini, ingat-ingat lupa. Minta dibetulkan andai tersalah). Umumnya, ramai yang tahu kisah ini. Antara isi utama kisah ini mengenai, ANAK SOLEH YANG BERBAKTI KEPADA IBU BAPA!!


Abang juga membuat sedikit ulasan tentang lirik lagu Azimat Ibunda dendangan kumpulan nasyid FarEast:


"Menumpang disegenap ruang yang ada di lubuk perkasihan

Begitu indah setiap detik di dalam rahimmu

Sehingga teramat asyik setiap saat dipangkuanmu

Keperitan itu kau rasa indah demi anakmu


Setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan

Segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan

Tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya

Azimat ini ku tanam di lubuk hati yang dalam.."


"Kita ni hanya menumpang je.." Abang mematikan ayat lagi, menyuruh aku berfikir mungkin.

"Buatlah amal ibadah banyak manapun, Setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan, Segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan, Tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya.."


P/S: Hm, teringat teguran sinis abang minggu lepas, mengambil kata tema daripada majalah Solusi isu 3, "Fakir hakiki sentiasa tidak cukup dengan yang ada". Ceritanya apabila aku menyebut tentang telefon bimbitku yang uzur, tapi masih boleh digunakan. Abang menggelarku, "Fakir hakiki". Pedas kata abangku. Huh. Apapun, siapa makan cili dia yang akan merasa pedasnya.


12.12 pm: Habis menaip. Memandang abangku disisi. Tidur.. (~_~). Tadi katanya nak study, 4 September nanti ada exam.. Ish3(",). Mak dan abah masih belum pulang. Lama mengait rambutan di rumah Tok Wan agaknya. Semalam aku dan abang menyuarakan rasa nak rambutan gading Tok Wan. Buka laptop abang. Gambar abang semasa khatam kecik-kecik dulu di skrin laptopnya (^_^).


0 comments:

Post a Comment