Nukilan Hati..

Seorang wanita, anak, isteri dan ibu..

PROMOSI


Cuti pertengahan semester baru-baru ini, abang membawa pulang beberapa buah buku. Antaranya, 'NOTA HATI SEORANG LELAKI' oleh Ustaz Pahrol Mohd. Juoi. Walaupun tajuk buku tersebut lebih memfokuskan kepada mereka yang bergelar lelaki, pada pendapat saya buku tersebut sesuai dibaca oleh sesiapa pun. Kandungan mungkin memfokuskan peranan lelaki, tetapi disebalik isi yang disampaikan di dalamnya, ia juga bersifat umum dan sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja.


Sebelum ini, aku hanya mengenali Ustaz Pahrol sebagai penulis lirik bagi kumpulan-kumpulan nasyid tanah air. Hanya setakat itu. Tetapi, kali ini seakan-akan aku mengenalinya sedikit demi sedikit. Walau tidak pernah berhubung, bersua dan sebagainya.


Segalanya bermula daripada cerita abangku melalui program yang diikutinya bersama Ustaz Pahrol. Abangku melahirkan rasa gembira dan beruntung kerana berpeluang untuk mengikuti program tersebut. Cerita demi cerita aku dengar daripada abangku. Semakin bertambah rasa ingin mengenali dan mendengar kata hikmah Ustaz Pahrol.

Sejak itu aku semakin bersemangat mencari dan membaca apa sahaja tulisan Ustaz Pahrol. Seakan-akan ada hikmah disebalik tiap kata tulisnya. Baru juga aku perasan, lirik-lirik lagu yang ditulisnya penuh makna. Teringat kata abangku: 'Hikmah itu ada pada mereka yang beramal dengan ilmunya'.


Bersama dengan abang cuti yang lepas, banyak juga mendapat beberapa teguran. Indirect. Siapa lagi yang mengenali adiknya, selain si abang. Terzahir beberapa kelemahan diri melalui perkongsian bersamanya. Aku memohon semoga ditambahkan ilmu dan hikmah kepada abangku. Semoga ia boleh terus memberi kepadaku, keluarganya dan masyarakat lainnya, dan mungkin juga aku boleh turut memberi suatu masa nanti. (memberi= frasa yang banyak ditekankan oleh Ustaz Pahrol). Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang berada di bawah, memberi lebih baik daripada menerima.


Hm, kalau diikutkan banyak lagi nak kongsikan di sini. Tapi, masa dan kemampuan membataskan. Cuma, mungkin rakan-rakan yang di luar sana boleh dapatkan sendiri buku 'NOTA HATI SEORANG LELAKI' oleh Ustaz Pahrol (promote).


"Carilah sesuatu yang 'luar biasa' daripada buku yang nampak biasa-biasa ini"

0 comments:

Post a Comment