"Anak-anak adalah permata. Penghibur duka dan lara, juga menjadi penyejuk mata ayah bonda. Itulah anak-anak yang soleh dan solehah.."
Sekarang ini, mak dan abah hanya tinggal berdua di rumah. Anak-anak mereka yang hanya 3 orang kini tinggal berjauhan. Yang sulung, sudah bekerja. Dua orang lagi masih menuntut di universiti dan sekolah masing-masing. Tinggal di asrama.
Beginilah hidup, anak-anak yang dahulunya sentiasa berdampingan kini jarang sekali disamping. Anak-anak yang dahulunya masih kecil, kian menginjak usia dewasa. Sungguh cepat masa berlalu. Argh, kalau ikutkan rasa hati, tidak ingin aku berpisah dengan mak dan abah. Apatah lagi meninggalkan mereka. Ya, sesungguhnya ibu bapa, anak-anak, harta menjadi kecintaan manusia di dunia ini.
Aku berharap doaku kepada ibu bapaku dikabulkan Allah. Moga Allah mengampuni dosaku dan ibu bapaku. Ya Allah Ya Lathiif, kasihi ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihi aku sewaktu aku kecil. Ameen.
AZIMAT IBUNDA
FAR-EAST/HALAWATUL IMAN
Langit kirmizi menghantar dirimu menuju jalan pulang
Hari-hari indah bersamamu bertabur di tanah kenangan
Wajah berona simpati kau tatapi buat kali terakhir
Sedih dan sayu dari kamar atma mengundang air mata
Hanya rindu dan doa buatmu
Semoga kau tenang dan bahagia
Agar syurga menjadi milikmu
Bukan hanya di telapak kakimu
Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ayah ibu..
Menumpang di segenap ruang yang ada di lubuk perkasihan
Begitu indah setiap detik di dalam rahimmu
Sehingga teramat asyik setiap saat dipangkuanmu
Keperitan itu kau rasa indah demi anakmu
Setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
Segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
Tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
Azimat ini ku tanam di lubuk hati yang dalam
Di tirai malam aku bersandarkan pada dinding kepiluan
Bersenandungkan merdu suara alam terlena di rajutan rindu
Tiada yang terindah di dunia dapat mengganti hilangmu
Pilahan yang terbaik takkan dapat mengisi relung hatimu
0 comments:
Post a Comment