Mesej daripada seorang teman tiba. MMS yang diiringi midi tone soundtrack ayat-ayat cinta..
Mesejnya berbunyi:
"Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah,
Tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya,
Walaupun hatinya
Kerana Allah teramat mencintainya
Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki
Di mana Allah untuk menjaga kita?
Allah sepeti melepaskan kita kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita
Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki,
Bermakna Allah mahu ambil kita kembali dijagaNya.
Mengapa masih ragu-ragu?"
"Kekuatan usah ditunggu tp harus dicari"
Hargailah di atas kesempatan yg Allah berikan..
"Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya.." – Imam Ghazali
Diri termanggu seketika. Berfikir.
Mesej tersebut bagai menjawab persoalan diri yang bagai tidak punya hati dan perasaan.
Adakah Dia memilihku untuk menjadi perempuan suci itu?
Adakah Dia menanti balasan cinta daripadaku?
Adakah Dia mahu menjadi Penjaga ku yang Maha Setia?
Oh, jika begitu.. Alangkah bertuahnya diri, beruntunglah diri..
Namun, amatlah celaka dan ruginya andai aku mensia-siakan peluang itu..
Aku ini lemah duhai Sang Kekasih. Seringkali alpa. Berbuat maksiat, sedang aku tahu akan hakikat dosa..
Sering sahaja tertipu dengan dunia, walau aku tahu dunia itu penuh tipu daya. Fitnahnya banyak sekali.
Rakan-rakanku, musuh Allah selalu sahaja menginginkan anak-anak Adam bersengketa.
Lupakah kalian akan sabda Rasul SAW yang mafhumnya: "Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga kamu mencintai saudara kamu sepertimana kamu mencintai diri kamu sendiri." Apa gunanya membenci kekurangan manusia lain, sedang diri sendiri juga punya kekurangan. Sungguh, aku perlukan sokongan kalian untuk kuat di jalanNya.
Duhai lelaki, bantu aku menjauhkan diri daripada kalian,
Bukan kerana aku membenci, tetapi aku tidak mahu kalian menjadi salah satu sebab berlakunya dosa
Tahukah kalian, dosa yang sedang ku tanggungi kini sahaja sudah tiada termampu untuk aku memikulnya..
Wahai para manusia yang dikasihi Allah, datanglah padaku
Ingin aku selalu mendampingi kalian
Buat mengambil berkat dan hikmah..
Berkata Saidina Ali karamalluhuwajhahu:
"Apabila kamu merasa letih berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal."
Ya Allah, padaMu tempat aku berlindung..
Teringat akan rintihan syahdu Uwais al-Qarni Radhiyalluhu 'anhu kepada Rabbnya:
مَوْلاَيَ مَوْلاَيَ
إلهي أنت الغافر، وأنا المسئ وهل يرحم المسئ إلا الغافر
مَوْلاَيَ مَوْلاَيَ
إلهي أنت الربّ، وأنا العبد وهل يرحم العبد إلا الربّ
مَوْلاَيَ مَوْلاَيَ
إلهي أنت القويّ، وأنا الضعيف وهل يرحم الضعيف إلا القويّ
مَوْلاَيَ مَوْلاَيَ
إلهي أنت المالك، وأنا المملوك وهل يرحم المملوك إلا المالك
مَوْلاَيَ مَوْلاَيَ
إلهي أنت العزيز، وأنا الذليل وهل يرحم الذليل إلا العزيز
مَوْلاَيَ مَوْلاَيَ
إلهي أنت الكريم، وأنا اللئيم وهل يرحم اللئيم إلا الكريم
مَوْلاَيَ مَوْلاَيَ
إلهي أنت الرازق، وأنا المرزوق وهل يرحم المرزوق إلا الرازق
مَوْلاَيَ مَوْلاَيَ
إلهي أنا الضعيف، أنا الذليل، أنا الحقير
أنت العفوّ، أنت الغفور، أنت الغافر
أنت الحنّان، أنت المنّان
أنا المذنب، أنا الخائف، أنا الضعيف ....
Syeikh Ibnu ‘Atoillah RA berkata: “Perkara yang paling menyedihkan, setelah dikurangkan halangan kamu, kamu pula tidak mengadap-Nya.”
"Siapakah yang lebih mulia dari mereka yang tidak lupa, Janji Allah adalah kepastian dan nikmat syurga adalah indah.."
0 comments:
Post a Comment